Showing posts with label Zalora Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Zalora Malaysia. Show all posts

Cari SALE di Zalora Malaysia

cari sale di Zalora Malaysia? meh tengok. Zalora one of tempat shopping online fav PG takat ni. masih setia dengan Zalora since Zalora ada tiga kali mengundang PG tulis mengenai barangan depa. best! sambil tulis, review, sambil diberi token. dan masuk tu tiga kali PG ambik handbeg dekat Zalora. terima kasih Zalora. lepas ni kalau nak undang lagi, bagilah extra token ye. hehe.


dan ok. para kaum hawa, bebenda sale memang tak boleh nak dipisahkan, kan? jangan tipu tau. PG ni yang gaji seciput pun masih mampu la juga membeli barangan sale mana-mana. itu pun kenalah bajet sama. jangan terover sudahlah. dan dan. dekat Zalora pun ada SALE tau. PG kalau masuk Zalora, memang pergi terus under SALE. harga dia memang jauh beza. harga masih mampu milik kat situ. token sebelum ni pun, PG pakai dekat barangan SALE. kira berbaloilah :)

dan few item yang PG nak share dengan korang barangan SALE sekarang dari Zalora. kot - kot korang terkenan. minggu depan gomen da gaji. muahahaha.





ok. tu je. more detail. jemput masuk Zalora Malaysia ye :)
xoxo.
Share:

Invitation to collaborate with Zalora Malaysia Kali Ke-3


syukur alhamdulillah. rezeki yang amat baik dipermulaan tahun baharu 2016 ini. tak tahu nak kata apa da. just wanna say thanks so much dekat zalora malaysia kerana sekali lagi, untuk kali ke 3 buat aku, kerana sudi menjemput aku untuk menulis tentang produk mereka. syukur alhamdulillah. sebagai hadiah, woot woot RM100 voucher sebagai token. Ya Allah. terima kasih zalora! baiknya hati awak :D hahaha.


Hi,

Thank you for publishing the entry! I like that you have added in your own personal touch to the entry, very nicely done :)
As promised, here is your RM100 Zalora cash voucher code: xxxxxxxxx
It has been a pleasure working with you. I hope you have a wonderful experience shopping at Zalora :)

Thank you again!

artikel berkaitan Zalora :)
Tampil Mengoda bersama Melissa Shoes!
Heel Shoes to Wear on Your Birthday!
Jemputan kerjasama dengan Zalora Malaysia
3 Fesyen Terkini Baju Raya 2015
Barangan daripada Zalora Dah Sampai~
Pengalaman Membeli belah di Zalora
Invitation to collaborate with ZALORA Malaysia Kali Ke - 2
Waktu Yang Sesuai Membeli Belah di Zalora!

giler engkau tak wonderful shopping kat zalora. hehe. PG tengah servey-servey nak beli apa untuk kali ke 3 ni. hehe. nanti PG share ye ;)

again. thanks Zalora Malaysia!

done ;)
Share:

Tampil Mengoda bersama Melissa Shoes!

Melissa Shoes. Warna pink dekat situ memang betul-betul mengoda kan? ;) rasa nak grab 10 pasang je. amboi amboi. Ok, regarding tajuk PG atas tu, let me share sedikit bout Melissa Shoes kat korang, sebelum PG berkongsi 4 tips hebat membeli Melissa Shoes!

MELISSA SHOES adalah satu jenama fesyen kasut yang PG rasa tidak perlu diperkenalkan lagi sebenarnya! Ini terbukti dengan kewujudannya sejak lebih tiga dekad yang lalu, telah berjaya mencuri perhatian ramai pelanggan setianya untuk kekal setia sehingga ke hari ini. Mempunyai aura tersendiri, setiap barisan produknya pula, hadir dan diserikan dengan rekaan yang penuh elemen keremajaan dan sentiasa mengikuti perkembangan trend fesyen terkini yang sedang hangat dalam pasaran.

Malah, kini Melissa Shoes telah menjadi jenama fesyen kasut pilihan yang telah berjaya menarik perhatian ramai fashion stylist dan peminat fesyen yang lebih dikenali sebagai fashionista di seluruh dunia dan juga Melissa mempunyai reputasinya tersendiri yang cukup gemilang dalam industri fesyen sebagai jenama kasut plastik nombor satu di dunia!.

Untuk pengetahuan semua juga, selain daripada itu, Melissa mempunyai pencapaian yang cukup hebat dalam menghasilkan rekaan kasut yang cukup inovatif dengan kolaborasi istimewa bersama pereka fesyen antarabangsa yang hebat seperti Vivienne Westwood, Jean Paul Gaultier, Iseey Miyake dan Karl Lagerfield yang turut dikenali sebagai living legend. Hebat bukan? :)

4 TIPS MEMBELI MELISSA SHOES

PG kalau bab membeli kasut sebenarnya sukar untuk mencari sepasang kasut yang terbaik. Lebih-lebih dan nak-nak lagi untuk cari yang terbaik dengan harga yang berpatutan. hehe. Tapi, apa pun. Kat sini, PG nak kongsi dengan korang, 4 tips membeli Melissa shoes yang korang perlu tahu, dan boleh digunakan untuk mendapatkan kasut yang terbaik dengan harga yang menarik. jom baca. 

  1. Tips pertama, peka dengan bajet dan elakkan impulse purchase. pastikan korang mempunyai senarai kasut yang korang benar-benar mahukan. cari dan stick dengannya. tidak semestinya jika ada kasut yang tengah on sale, bermakna korang nak pun dapatkannya juga. kena stick pada yang satu la sebenarnya. hehe.
  2. Tips kedua dari seorang fashion stylist. Cuba untuk keluar membeli-belah pada penghujung hari. Ini kerana selepas korang banyak berjalan, kasut yang korang akan cuba, inshaAllah akan fit dengan lebih baik dengan kaki dan akan lebih selesa.
  3. Tips ketiga, dapatkan tiga saiz kasut yang berbeza sebelum membelinya. Beli yang benar-benar muat sahaja. mudah je tips ni kan? ;)
  4. Tips keempat, jika korang sukar berjalan dengan kasut tersebut, jangan beli! Mungkin ianya kelihatan cantik tetapi for sure korang tak nak kasut yang cantik tetapi menyakitkan dan tidak selesa kan? :)

so bagaimana? telah mendapat gambaran kasut apakah yang akan korang beli dekat Melissa Shoes? for sure pinky one tu kan? hehe. semoga tips yang PG Kongsikan ini dapat membantu korang dalam membuat pemilihan untuk membeli Melissa shoes atau maybe kasut-kasut jenama lain pula. semoga bermanfaat! ;)

done.
Share:

Waktu Yang Sesuai Membeli Belah di Zalora!

Waktu yang sesuai membeli belah di Zalora? hehe. Amboi. Mentang-mentanglah baru dapat job dari zalora, gagah terus nak update pasal zalora je kan. haha. psst. nak bodek zalora sikit. manalah tahu kot-kot murah rezeki zalora bagi hadiah mengejut such like pasangan suami isteri yang bergaduh di facebook zalora tu, tup-tup na ambik, dapat bekalan setahun dari zalora. korang ado? :D hahaha.


jeles mak :D

Waktu yang sesuai untuk membeli belah di Zalora? haha. sudah tahu bertanya pula. kenalah pada waktu gaji masuk hujung bulan. ar masa tu, lantak koranglah nak beli apa. duit da ado. tinggal nak pilih apa je korang nak. kalau PG, gaji bukan satu masalah nak membeli apa yang berkenan di hati dekat zalora tu, cuma kena pandai bajet je la. hehe. sekarang ni mudah je kan. masuk laman web zalora, pilih nak barang apa dan letak dahulu dekat wishlist tu. senang. esok lusa gaji da masuk, terus bayar :D ar. itu tips pertama. waktu sesuai nak shopin, kenalah tunggu gaji masuk. bagi yang bekerja la. :)

kalau yang tak bekerja pula, apa kata korang buka satu blog, inshaAllah, kalau murah rezeki, dapat jemputan bekerjasama dari zalora macam PG, dapatlah jemputan menulis dan dapat hadiah voucher, boleh tukar dengan barangan daripada zalora. best kan? :)

Ok. waktu kedua yang sesuai untuk membeli di zalora juga adalah, pada waktu sale! huhu. nak tahu pada waktu sale tu apa? mudah giler. kalau korang melanggan berita daripada zalora, pastinya email korang akan penuh dengan berita terkini, terbaharu daripada zalora sendiri. apa-apa news pasti depa akan update sesegera mungkin. PG of course menantikan email sale :D hehe. kalau tak dapat email, korang boleh masuk laman web zalora dan tengok pada  bahagian women then tengok dekat SALE. (tengok gambar dekat bawah ni)


serius. korang akan berpuas hati dengan sale yang ada. PG da siap-siap wishlist. hehe. tak sabar nak tukar dengan voucher hadiah yang ada. RM100 inggit. sapa nak bagi kan? ;) thanks so much dekat zalora tau! :D


 wishlist zalora!

Ok, tu je la kot PG nak share dengan korang. kalau ada lagi waktu-waktu yang sesuai nak membeli belah di zalora, PG will share ok ;) last but not least, thanks again zalora!

Toodles!
Share:

Nak Beli Apa Dekat Zalora?

Belum Siap Assignment ;) da siaplah. baca dekat sini Assignment ke 2 - 3 Fesyen Terkini Baju Raya 2015! horey. senang hati da siapkan tugasan kedua ritu. then tengah fikir nak claim apa lepas ni. hehe. apa pun, PG nak ucapkan thanks so much dekat zalora malaysia banyak-banyak for the second jemputan tu. thanks dear! 


hurm. still thinking nak beli apa. entri Barangan daripada Zalora Dah Sampai~  hari tu pun, memang agak lama sikit nak decide nak beli apa. terhad for RM100 voucher. sapa nak bagi kan? hehe. then untuk kali ni, tak tahu nak beli apa?! haha. a few item PG da tengok. da scroll da rasa macam berkenan di  hati da. tapi harga. Ya Allah. RM100 voucher je wei. hehe. 
antara yang PG berkenan :D


Adira Block Kurung Modern Blue
RM 199.00

toodles.
Share:

3 Fesyen Terkini Baju Raya 2015

Hi Fellos. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri! Alamak. in Advance pula ucapan tu kan. Ramadhan tak mai lagi, da sebut-sebut Syawal :D Haha. Apa pun, korang tak salah baca tajuk PG tau. Sebab dekat sini PG nak kongsikan dengan korang, 3 Fesyen Terkini Baju Hari Raya 2015 dari Butik Zalora Malaysia untuk korang peminat setia Zalora!


3 Fesyen Terkini Baju Raya 2015. Ok, as korang tahu Zalora sentiasa memeriahkan industri fesyen tanah air kita dengan kemunculan pelbagai rekaan baju raya yang unik dan menarik kan?, dan PG yakin telah ada yang menantikan, apakah koleksi baju raya terbaharu daripada pereka-pereka fesyen termuka tanah air seperti Jovian Mandagie, Rizalman, Nurita Harith dan ramai lagi.

dan, apakah fesyen terkini baju raya untuk tahun 2015? Yes. PG yakin korang sudah telah tidak sabar untuk mengetahuinya kan.

Ok, dekat bawah ini adalah diantara koleksi fesyen baju raya yang boleh korang temui daripada koleksi Zalora dan Fashion Valet sendiri, dan that was early suprise is, sudah terdapat beberapa pereka fesyen yang telah membuka pesanan awal atau pre-order untuk Raya 2015 ini. awesome wei! PG pun tak sabar nak shopping dekat Zalora.


Peplum - Honestly, permintaan terhadap rekaan baju kurung peplum yang pernah menjadi fenomena melanda industri fesyen muslimah di negara kita ni tak pernah putus-putus kan. PG percaya sampai lah ni pun, pasti ada permintaan untuk peplum. Bukan untuk penggunaan di hari raya aidilfitri sahaja, malah untuk apa-apa majlis sekali pun :)


Kimono - Rekaan kimono tidak kurang hebatnya. Rekaan yang sedang trending kini, memang patut dicuba dan that one so unik kan? bayangkan pakai di pagi hari raya aidilfitri yang mulia? pastinya anak-anak gadis akan mencemburui sesama sendiri :D


Kurung Moden – Rekaan ketiga yang masih mendapat permintaan adalah baju kurung moen. Rekaan ketiga ni memang rekaan kegemaran PG. Kurung moden atau mama kata rekaan cutting princess ni memang sesuai bagi mereka yang ingin nampak lebih elegen, sudah pastinya dipagi hari raya :)

So? Apa tunggu lagi? Cepat dapatkannya di Zalora Malaysia tau :) Semoga artikel ini dapat membantu korang yang sedang mencari apakah fesyen terkini baju raya 2015. ;)

Toodles.
Share:

Belum Siap Assignment ;)

hi fellos. remember entri PG mengenai jemputan menulis dari Zalora Malaysia ritu? hehe. mood nak siapkan assignment, memang totally zero. since sibuk seminggu ni, mood nak karang tu, memang tak de langsung. bayang ayat nak mula dari mana pun tak terbayang-bayang lagi. harap-harap Zalora Malaysia boleh bersabar dengan karenah aku satu ni. hehe. oh by the way, jumaat minggu ni dan isnin minggu hadapan, cuti umum kan? horey! hopely, masa tu, mood nak karang dan siapkan assignment tu, ado la ye. ;)



Zalora, sila bersabar dengan saya ya :D

toodles!
Share:

Siapa Zery Zamry?

Zery Zamry the Fashion Designer. hi morning fellos. semalam aku ada share pasal Baju Melayu Hipster Kini di Zalora, tapi aku sebenarnya wonder siapa Pereka Fesyen untuk baju melayu tersebut. while google, oh rupanya zery zamry bukan lagi satu nama yang asing dekat dunia fesyen itu sendiri. sebelum ni, zery zamry sendiri pernah mereka pakaian untuk beberapa orang artis, such like dato siti nurhaliza, yana samsudin also baju pertunangan di hari pertunangan fauziah gous. tidak hanya artis sahaja, malahan sesiapa sahaja boleh menggunakan khidmat design zery zamry :) for lanjut, cepat-cepat masuk blog beliau ya :)











Berminat:

For those who are interested in viewing and purchasing Zery Zamry's couture or ready-to-wear pieces, do pay a visit to his boutique in Shah Alam and feast your eyes on the glamorous, or according to designer himself, VASS, and fashionable pieces of arts.Only by appoiment. Zery Zamry Couture - no 25, jalan kristal empat, 7/76d section 7, shah alam, selangor d.e Tel: +60 017 6519056 +603 55230596 Email: zeryzamry@ymail.com bb pin: 28BD3F82

toodles.
Share:

Baju Melayu Hipster kini di Zalora

Sumber:
Astro AWANI
#‎KiniTrending‬ - Baju Melayu ‪#‎Hipster‬
"Baju kurung pun baju tradisonal tetapi adanya baju kurung moden. Kenapa nak kecohkan baju Melayu yang sememangnya menutup aurat?" kata Zery Zamry, pereka fesyen baju Melayu Hipster yang akan mula dijual di Zalora esok.


nice juga kan ;)

toodles.
Share:

Barangan daripada Zalora Dah Sampai~

Lupa nak update pasal barangan daripada zalora yang aku tuntut menggunakan hadiah voucher hari tu. Yes, barangan da sampai dengan selamatnya tau. Terima kasih abang posmen. Hehe. Engko datang masa aku tak de dekat office ;D suami orang pertama yang tak sabar nak tengok barangan yang beliau pilih ;P sebelum tu nak bagitau korang, for the first time membeli belah dekat zalora, aku mendapat voucher lagi! Giler best! Terima kasih zalora ;) muah² love u!


Terima kasih Zalora!


Jam tangan + belt + tshirt suami


My bag ;)


Kasut suami! Tapi yang warna hitam tak ngam dengan suami. 
Then bagi dekat anak buah :D


Yes. Itulah dia barangan yang PG berjaya dapatkan, dengan voucher RM100 yang diberikan oleh Zalora :) again. Terima kasih banyak zalora! 

Toodles.
Share:

Pengalaman Membeli belah di Zalora

hi fellow. remember artikel yang pernah aku tulis mengenai ini Heel Shoes to Wear on Your Birthday hari tu? dan siapa sangka, sambil menulis, sambil tu juga PG mendapat voucher daripada Zalora. Memang best la wei ;)

dan oleh itu, setelah sebulan lebih mendapat voucher dari zalora atas hasil menulis mengenainya, petang tadi baru ada masa nak selongkar laman web zalora. nak cari tu punyalah susah. kebetulan cuti sebab tak sihat, jadi, ambik masa selongkar sat. memandangkan due voucher sampai 31 disember ini sahaja. jadi memang tak boleh nak tangguh dah.

pengalaman membeli belah di zalora? memang sukar sebenarnya. sebab nak cari barangan yang betul-betul berkenan di hati tu, memang agak payah sikit kot. bukan apa. memandangkan zalora punya item yang memang menarik hati, jadi, nak pilih yang betul-betul berkenan dihati tu yang memang agak sukar sesangat. sampai kena tanya pendapat kawan sepejabat lah. hehe. yang tu part bag je.

selongkar punya selongkar. akhirnya 6 item aku da letak dalam wishlist dahulu. kalau tak berkenan di hati, nanti boleh selongkar balik laman web zalora.......akhirnya, da lenguh mata nak selongkar, terus grap 6 item tu sekali. ambik bag kerja seketul warna putih untuk aku, jam tangan juga untuk aku dan satu tali pinggang bunga-bunga juga untuk aku. 3 barangan yang lain, tshirt satu dan dua kasut untuk suami. suami punya main terkejut bila dapat harga murah macam tu. oh, voucher aku dapat tu dalam RM100 je tau. then, total barangan yang kena is, RM102.00 sahaja. RM2.00 tu kena bayarlah juga nanti tau :D


tak sabar nak tunggu barang order sampai :D

ok. itu sahajalah pengalaman aku membeli belah dekat zalora. that was my first time membeli belah secara dalam talian (online) dekat zalora. takut juga jika tersalah tekan ke apa ke kan. tapi syukur alhamdulillah, segalanya selamat. tinggal nak tunggu barang mai sahajalah dekat office nanti. lagi senang menggunakan alamat pejabat, sebab dekat rumah, menggunakan alamat kampung, takut juga posmen tak jumpa rumah :D

apa pun, untuk zalora, terima kasih sebab telah sudi memberikan PG satu peluang dan kenangan manis ketika mendapat voucher dan membeli belah di zalora sendiri. inshaAllah, ini bukan yang terakhir untuk membeli belah di zalora. sebab, tengok item yang ada dekat zalora, rasa macam nak beli semua sekali! hahaha.

Toodles.
Share:

Pasangan Bergaduh di Facebook Zalora Mendapat Durian Runtuh Bekalan Setahun daripada Zalora

Untung berganda-ganda buat pasangan yang baru-baru ini bergaduh di Facebook Zalora. Selain mendapat kejutan dengan kehadiran pihak Zalora ke kediaman mereka dengan membawa pelbagai hadiah dari Zalora sendiri, kejutan berganda-ganda lagi dengan kejutan pihak Zalora akan memberikan mereka bekalan selama setahun daripada Zalora! Murah rezeki wei. Rezeki anak tu :) Tahniah awak!




Keterujaan membina yang membuatkan aku jeles sama. Hehe. :D


Toodles.
Share:

Heel Shoes to Wear on Your Birthday!


Sambutan hari jadi sememangnya adalah satu sambutan yang memang dinanti-nantikan oleh semua orang kan? Terutamanya kaum wanita seperti PG. Kalau da namanya perempuan, PG yakin akan ada pelbagai persiapan untuk hari sambutan tersebut oleh si birthday girl. Sebulan sebelum majlis adalah waktu yang paling sesuai untuk merancang. Setuju tak? Yup. PG Setuju! haha. Mungkin tidak semua yang merancang tetapi bagi PG, majlis sambutan hari jadi memang dinantikan dan perancangan untuk menyambutnya memang patut dirancang dari awal. Bukan apa, selain kita meraihkan ulang tahun kelahiran kita, tetapi ianya juga adalah satu majlis 'kenduri kecil' untuk kita bersyukur dengan pertambahan usia yang meningkat, ianya juga seiring dengan pencapaian diri sendiri berbanding tahun yang sudah.

Ok. Sebut tentang sambutan hari jadi yang bakal tiba ni, PG wanna thanks to Zalora Malaysia, kerana sudi berkongsi tips yang mudah dan simple untuk persediaan menyambut hari jadi yang bakal tiba, then PG nak kongsikan bersama dengan anda juga! :)

Lokasi dan Tema

Pemilihan lokasi mengikut lokasi kegemaran kita. Bagi PG, lokasi yang the best adalah lokasi atau kawasan yang tidak melalui kawasan 'jammed', mudah ditemui dan yang lebih penting, kita berada dalam keadaan selesa dan santai ketika menyambut hari jadi kita sendiri.

Pemilihan tema juga penting, base on lokasi yang telah kita pilih, apakah tema yang kita gemari, sudah boleh diagak mengikuti lokasi yang bersesuaian. Pastinya tema yang dipilih suatu yang bakal menyerlahkan penampilan kita sebagai birthday girl kan? :D

Kasut dan Pakaian

Dua perkara atas ni memang amat penting pada majlis tersebut, ianya agar memastikan penampilan 'birthday girl' adalah yang paling menyerlah!.

Oleh itu base on PG punya tajuk entri atas tu juga, kat bawah ni, PG nak share beberapa tips untuk anda yang sudah mempunyai beberapa helai dress hitam idaman untuk dipakai tetapi masih tercari-cari untuk memilih heel shoes yang sesuai untuk dipadankan pada majlis itu nanti. 

Dress hitam

Dress hitam sememang merupakan pilihan utama yang sering dipakai oleh wanita. Bukan sahaja memberikan ilusi tubuh badan yang langsing, tetapi ia juga amat sesuai untuk dipadankan dengan apa jua jenis kasut dan aksesori sampingan.

Sebut tentang heels, apakah jenis heels yang paling sesuai dipadankan? Ok, kat bawah ni ada beberapa jenis heels yang boleh kita praktikan untuk dipadankan.Tips dari Zalora Malaysia!

Heel Shoes



Pilih heel shoes yang mempunyai warna yang terang atau bright colors untuk penampilan yang lebih menyerlah. Elakkan pemakaian kasut yang berwarna gelap agar kita tidak kelihatan 'tenggelam' ketika sambutan hari jadi kita sendiri.


Jika anda sukakan warna-warna pastel seperti diatas, let's play princess! Gayakan bersama glitter heels untuk penampilan yang lebih glamour atau pilih heel shoes yang berwarna coklat atau beige untuk kelihatan sweet J! :D


Tidak sempat untuk membeli dress baharu? Ok, jangan risau! Pilih sahaja mana-mana dress yang paling selesa dipakai dan,


padankan dengan heel shoes yang simple seperti warna hitam atau gelap untuk menyelamatkan keadaan. For sure, kita mahu menjadi mangsa fesyen kan? :)

Ok! i'm done with it. Moga perkongsian dari PG ini dapat membantu kita untuk memadankan pakaian dan kasut yang bersesuaian untuk majlis kita nanti. hehe. Then, jom! Layari laman Web Zalora Malaysia sekarang dan temui pelbagai koleksi heel shoes online lagi dan yang pastinya menepati citarasa anda!

Oh ya, Happy birthday in advance dari PG dan Zalora Malaysia! :)
Toodles.
Share:

tabung wish list :)

Pusat Aduan Awam

ahli mesyuarat ;)

agenda mesyuarat :)

pengerusi mesyuarat ❤

perempuan 33.
februari 6th | married |
gomen staf | fully time blogger

Assalamualaikum.


Copyright © YatieOwner | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com