Showing posts with label Tips Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Tips Nuffnang. Show all posts

Finally Earning Nuffnang RM200.00!

woot woot. finally earning nuffnang blog ni mencecah RM200. syukur alhamdulillah. da lama kot tunggu earning naik lagu tu. akhirnya. inshaAllah, minggu depan PG nak keluarkan. biar kosong dan kumpul semula. apa pun, ni semua juga atas bantuan rakan-rakan blog yang lain, yang datang mai blog PG dan sudi klik iklan nuffnang dalam blog PG. thanks so much tau. sayang korang ketat-ketat. hehe.

 

ada yang tanya PG, macam mana PG boleh kumpul nuffnang sampai macam tu sekali. sedangkan ada yang da letak iklan tu bertahun pun still tak naik-naik. ok. its good. soalan yang bagus untuk korang tanya bila korang bersedia letak iklan nuffnang tu. hehe. 

honestly. PG pun macam korang juga. letak iklan nuffnang tu bertahun-tahun. alih-alih tak naik-naik. sedih pedih pun ada. tertanya-tanya benda yang sama dengan korang yang bertanya soalan kat PG. huhu. 

apa yang PG buat, search keyword macam mana nak bagi naik earning nuffnang. banyakkan bacaan dan praktikkan. syukur alhamdulillah. senang je. ikut peraturan yang nuffnang bagi, inshaAllah, naiklah earning korang tu. 

meh PG tempek simple punya peraturan yang PG pakai.

1. letak iklan nuffnang ditempat yang betul
2. jangan klik iklan nuffnang sendiri
3. banyakkan cerita tentang iklan nuffnang yang ada
4. blogwalking untuk naikkan trafik. trafik yang tinggi berprestasi tinggi juga untuk dapat iklan lebih banyak 
5. kemaskini survey atau bio nuffnang dalam account nuffnang setiap masa. mungkin dalam seminggu sekali. 
6. kalau boleh blog korang kena ringan sikit. jangan beratkan blog dengan size gambar yang besar dan widget aplikasi macam lagu-lagu gitu. hehe. ni depend dengan korang tau. PG tak paksa. kang PG kata jangan letak, sat lagi korang remove segala widget tu. hehe. jangan marah PG tau. 

ok. tu je la kot peratuan paling mudah yang PG boleh share dengan korang. nak ikut, inshaAllah naik. tak ikut pun, depend dengan korang. hehe. semoga bermanfaat tau ;)

xoxo
Share:

Tips 5 Minit Jana Pendapatan Dengan Mobile Ads Nuffnang!

korang! ni nak share tips dengan korang. bagaimana kita blogger mampu menjana pendapatan sampingan dengan iklan nuffnang, hanya dengan 5 minit sahaja. amboi. bunyi macam tipu je kan. hehe. tapi. tapi. apa kata kita cuba sahaja dulu. kot-kot rezeki earning nuffy mencanak naik lepas ni kan? rezeki tu. apa pun jom baca lanjut.
 


ok. sebelum itu. tengok statistik peratus daripada nuffnang diatas. dimana. 51% daripada penduduk kita adalah pengguna internet mudah alih. banyak tu kan. dan dari itu, 43% daripada trafik web adalah datangnya dari telefon bimbit. of course for sure, 52% of digital spend in 2015 datangnya dari telefon bimbit. 

bermaksud. pengguna mobile phone sekarang totally sebenarnya menggunakan mobile phone depa untuk mengakses web atau apa sahaja sepenuhnya la kan.

sebenarnya ini berita baik untuk para nuffnangers. dimana. nuffnang kini telah meningkatkan iklan nuffnang mereka dalam edisi khas pula untuk mobile phone yang dipanggil MOBILE ADS!

maksud mudahhhh. bila pembaca blog membuka blog kita melalui mobile phone, iklan nuffnang akan still cantik tertera dan kita still akan dapat trafik from that. pembaca blog atau blogger juga still boleh memberikan sumbangan klik melaluinya. senang kan? :)

Cara Letak Iklan Mobile Ads Nuffnang!

da baca kan. ok sekarang cecepat pergi letak code mobile ads nuffnang dalam blog kita. mudah je. korang pun memang da tahu macam mana nak letak yang sebelum ni punya code kan? ar. macam tu la juga untuk mobile ads pula.


Hanya klik pada 'Add Ad Mobile' dan ikut arahan !
(no. 1 warna merah kat situ)

jangan lupa save dan refresh blog selepas letak code tu tau.

jangan lupa refresh account nuffnang korang juga.

jika tertera seperti no. 2, ada nama mobile seperti gambar dekat atas, that mean U DONE! boleh tepuk tangan. hehehe. senang je kan?

good luck tau!
done.
Share:

Earning Nuffnang Almost RM200.00!

hollas! nak bagitau korang. earning PG setakat hari ini. hehe. inshaAllah. sampai ribu riban nanti, nak juga cashoutkan. amboi. ribu riban la sangat. la ni, biarlah dulu dalam account nuffnang tu. orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?. oh.  apa pun. PG nak ucapkan terima kasih dekat korang, all the bloggers sebab sudi singgai mai masuk blog PG, dan klik tabung baby nuffy PG. tanpa korang. tak de nya nak meningkat earning nuffy PG tu. kena say thanks dekat korang! :)


earning tu da lama duduk dalam account. da setahun baru nak dapat earning banyak tu. tu pun tengok kerajinan PG update blog ke tak. hehe.

oh. nak tahu macam mana earning kita cepat naik dan mencanak? meh baca sini. inshaAllah. mungkin membantu korang :) 
thanks nuffang! thanks korang!
done :)
Share:

Tips Dapatkan CPUV BE dari Nuffnang

morning. assalamualaikum fellow! amboi. gembira sungguh kan. hehe. starting today, PG akan bercuti selama tiga hari! haha. alah. cuti sabtu ahad plus isnin cuti public holiday je pun. kira bercuti jugalah kan. da coti coti tu bebuatlah cara bercoti kan. haha.


hi team nuffnang :) 



ok. PG nak kongsikan artikel tips ni. untuk sis namy yul yang bertanya tentang tips untuk dapatkan CPUV dari nuffnang yang bertebaran dalam blog PG ni. amboi. sebelum itu, untuk namy yul. sebenarnya tips dari PG ni, simple sahaja, dan ianya bukan lagi satu rahsia ;) PG pun tak berani nak over acting kata buat macam, buat macam tu. but, as long bebenda basic macam letak iklan nuffnang ditempat yang betul, blogwalking, sudah memadai. inshaAllah, pasti ada CPUV nanti untuk sis namy. PG pun macam begitu juga dulu. setahun susah bebenor nak dapat RM10.00. nak nanges je kenapa. rupa-rupanya. nak dapatkan tu sebenarnya sesenang sangat. hehe. jom baca. PG share tips yang bukan lagi rahsia tau :D

1. Tingkatkan trafik blog!

Nuffnang mencadangkan minimum 20 views setiap hari. Kita juga boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog kita melebihi 20 views setiap hari. Nak dapatkan trafik ni, sangatlah senang! BLOGWALKING paling senang ;)

2. Susun atur blog agar dapat memberikan ruang untuk unit iklan Nuffnang!


Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan tau. Kalau boleh letak ketiga-tiganya sekali dalam blog, iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular.

Nak tahu letak code dengan betul, boleh klik sini juga : Bintang Kuning Nuffnang Ku!

Kebanyakan pengiklan pula akan memilih unit iklanleaderboard dan skyscraper, oleh itu Nuffnang mencadangkan supaya kita, kena pastikan blog kita mempunyai ruang untuk unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan dalam blog kita, sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads".

3. Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog kita!

Soalan kajian! Bahagian ini adalah sangat wajib untuk newbie yang baharu mendaftar dengan Nuffnang, sangat penting untuk dijawap ok. Ini agar dan membolehkan Nuffnang mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang sedang mereka jalankan. Dengan itu, bolehlah kita menjana pendapatan sampingan dengan mudah!

4. Memahami pembaca blog kita.

Dengan memahami pilihan pembaca blog kita, kita boleh mengetahui bagaimanakah pembaca blog kita akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog kita.

Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog kita, bukan sahaja akan membolehkan Nuffnang untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog kita, malahan dapat menambah pendapatan blog kita.

5. Pengiklanan banner Nuffnang.

Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang tau.

Unit-unit iklan tersebut pula membolehkan Nuffnang mengukur trafik blog kita, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog kita.

Dengan cara ini, kita akan mendapat pendapatan. Walaupun kita hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog kita, tetapi lebih banyak unit iklan yang kita letak, semakin tinggi peluang blog kita akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan, dan bolehlah kita memperolehi pendapatan sampingan! (entri asal: tips nuffnang)

untuk sis namy. semoga artikel ini menjawap persoalan namy ya. good luck dear!

Toodles,
Share:

Iklan Nuffnang Di Sekat Dekat Pejabat

Iklan Nuffnang disekat dekat pejabat? ah'ah. ada sapa-sapa yang mengalami benda yang sama dengan PG tak? iklan akan keluar sekejap je tau sebelah pagi. tu pun tak lama. kejap je. lepas tu sure iklan nuffnang tak munculkan diri. tak tahu la kenapa. tengok tu, iklan pun tak nak bangun-bangun da. merajuk kot kan.



if sapa-sapa yang mengalami benda yang sama dengan PG dan ada cara to fix that, let PG know maybe? thanks T_T

toodles.
Share:

Jawapan Nuffnang Mengenai Iklan Lain Selain Iklan Nuffnang

ar ambek kaw. panjang bebenor tajuk dekat situ. hari tu aku ada hantar tiket ke nuffnang tau. untuk korang yang tak tahu, bila korang selalu hantar tiket dekat nuffnang, itu adalah salah cara  juga untuk nuffnang memberikan iklan untuk blog kita. itu yang aku pernah baca la. sebab apa? sebab nuffnang alert yang blog kita aktif dan blog yang aktif tu la nuffnang suker :D itu kata aku la. hehe.




berbalik dengan tajuk tu. yes. hari tu aku hantar tiket, bertanya kan tentang perletakan iklan lain selain nuffnang, such like iklan affiliate tu, samada ok ke tidak. dan jawapan yang aku dapat adalah seperti berikut:
Hi Noorhayati,

Thanks for writing in.

For your information, we usually update our competitor database once every few months.

It is advisable not to serve the ads in your site to avoid any changes in your glitterati membership.
ar nampak tak not to serve dekat situ T_T


aku bukan nak kondem para blogger yang letak iklan tambahan selain nuffnang tau. itu hak masing-masing. aku bertanya untuk blog aku sendiri dan untuk kepastian aku. sebab apa? sebab blog aku sebelum-sebelum ini pernah hilang status glitterati selepas letak iklan lain selain nuffnang. memang sedih kot. da penat-penat kumpul earning, then bila status berubah memang hampeh je kat situ.

tak nak tertanya-tanya bab tu, aku tanya direct dekat nuffnang sendiri. tak nak ambik risiko lepas letak iklan lain terus status glitterati berubah ke non glitterati semula T_T.
Status Glitterati Nuffnang Bertukar ke Non-Glitterati
Iklan Nuffnang Telah Kembali Muncul
Status Glitterati Kembali Pulih | Terima Kasih Nuffnang
bukan apa tau. blog aku ni lah satu-satunya yang kini aktif. aktif dan boleh dijadikan salah satu punca pendapatan sampingan juga. so, kena jaga dengan betul dan bebaik je. hehe.

korang. jangan patah semangat pula bila baca artikel aku ni tau. aku cuma ingin berkongsi. mungkin blog korang lagi hebat daripada aku, trafik korang meletup-letup, letak iklan apa sahaja, earning sentiasa mencurah-curah. selalu update blog. aku tak T_T trafik tak sampai 50 sehari kot. hehe. harap earning nuffnang naik hasil bantuan 'klik' dari korang. ;). syukur alhamdulillah.

so. apa pendapatan korang samada nak letak iklan lain selain nuffnang? share sikit :)

toodles.
Share:

Lama Tak Dapat Nuffnang Blogbuster Campaigns

huhu. tajuk memang skema. direct. tak payah nak berselindung bagai. hehe. tapi tu la. serius, PG lama tak dapat kempen blogbuster daripada nuffnang. sob. ni mesti nuffnang merajuk dekat aku ni. T_T. apa pun, siapa yang tak tahu lagi apakah itu Nuffnang Blogbuster Campaigns, meh sini baca, entri lama dekat blog aku dulu :D


Blogbuster Nuffnang

Blogbuster adalah satu bentuk iklan terbaru yang diperkenalkan oleh nuffnang untuk ahli Glitterati. Iklan ini berbentuk sistem iklan berubah atau dinamik, di mana iklan (expandable) atau dengan kata lain, saiz iklan blogbuster ini boleh berubah kepada saiz yang lebih besar daripada saiz biasa iklan nuffnang yang diletakkan dalam blog.

Bukan semua blogger yang daftar dengan nuffnang mendapat peluang menjana pendapatan menerusi bentuk pengiklanan blogbuster ini. Hanya blogger yang memilih kriteria jenis iklan expandable sahaja yang akan diberi peluang lumayan ini.

Pendapatan Lumayan Menerusi Nuffnang Blogbuster

Ada rakan blogger yang pernah dapat earning menerusi blogbuster ini , dengan mudahnya boleh dapat sehingga RM 300-400 untuk sekali kempen berlangsung. Jumlah ini mungkin lebih bergantung kepada traffik blog anda. Dengan syarat video yang diupload mesti dalam jangka masa 10-15 saat.

Setiap blogger yang ditawarkan blogbuster ini akan dimaklumkan menerusi email, jadi jika mahu anda terpilih rajin2 tgk email, agar tidak terlepas kempen ini pulak...k.

Cara Nak Dapat Blogbuster Ini

1- Pastikan ruangan servey anda selalu ber'update' .
2- Serta pastikan no.6 "would you be willing to run expandable ads that change their size dynamiclly)... klik yes .

Kredit: mselim3

itu dia sedikit penerangan mengenai nuffnang blogbuster campaigns, dan macam mana nak dapatkannya. honest, blog PG sebelum ni ada pernah menerima seperti gambar dekat atas, tapi tu lah, kadang campaigns ni memerlukan korang buat video bagai macam tu. PG, memang angkat tangan bab-bab buat video ni. hehe. setakat rakam dekat smartphone anak kucing berlari-lari riang gembira, bolehlah kot. hehe.

semoga bermanfaat :)
toodles.
Share:

Status Glitterati Kembali Pulih | Terima Kasih Nuffnang πŸŒΈπŸ’

Hi hi fellos. Syukur alhamdulillah. Status Glitterati sah sahih telah kembali pulih. Sebenarnya punca mengapa hari tu ter non-glitterati adalah kerana blog lagi satu tak aktif tapi PG masih mengekalkan code nuffnang dekat situ. Jadi, nuffnang tak terima :( agak sedih juga sebab bila hilang status glitterati tu, memang satu kerugian sebenarnya. Syukur alhamdulillah. Selepas hantar tiket dekat pakcik nuffnang, terus pakcik nuffnang bagitau sebab mengapa. PG da baiki dan status pun kembali pulih. 

Terima kasih pokcik nuffnang. Saya sayang awak tau. 

Toodles.
Share:

Iklan Nuffnang Telah Kembali Muncul

syukur alhamdulillah. iklan nuffnang telah kembali ber tebaran di blog ni. syukur alhamdulillah. hari tu, dengan tak puas hatinya (deh marah pula) dua kali PG hantar tiket dekat nuffnang just for asking kenapa iklan tak keluar-keluar. as usual. nuffnang memang baik hati, segera jawap email PG :D



Thanks for writing in.

You have registered two blogs in our system and two of them, http://puangojes.blogspot.com/ has had 0 visitors for several days. Therefore, it affects your glitterati status. If you do not update consistently, you may lose your readers and their interest to come back to your blog. If you have inactive blogs, you may remove the link from you Nuffnang account so it will not affect you glitterati status.

Do keep the blog active as part of our Glitterati criteria is that you will need to have at least 1 daily visitor or our crawlers will mark your blog as a spam blog and this will once again affect your membership status.

Hope this clarifies. Thank you and have a nice day! =)

Cheers,
Melissa Lim
Intern
Nuffnang Sdn Bhd.

ar nampak? kat bold tu masalah dia. yes. blog PG lagi satu tu, memang tak masuk berapa lama da. tapi PG masih letak iklan nuffnang dekat situ. so that one menjadi effect juga why blog PG sekarang ni tidak menerima iklan dan status glitterati bertukar ke non-glitterati. sob~

jad. jangan main-main dengan nuffnang tau dear :)

toodles.
Share:

Status Glitterati Nuffnang Bertukar ke Non-Glitterati

degil tak bertempat. sedangkan memang tahu benda-benda macam ni akan terjadi if letak ads lain selain nuffnang. morning fellos. aku sure, bukan aku sorang sahaja yang pernah mengalami berubahan status glitterati nuffnang such like dalam gambar ni kan. sebelum ni memang nuffnang da pernah tukarkan sekali dua status aku tu. degil sangat. tak faham bahasa melayu, letak juga iklan lain. natijahnya. terimalah status non-glitterati dekat situ.

bila jadi macam ni, baru nak emel nuffnang. minta kasihan tukar status semula. uwargh! tapi ada juga iklan yang tidak menghalang pertumbuhan ads nuffnang ni tau. T_T