Showing posts with label #harirayadmin!. Show all posts
Showing posts with label #harirayadmin!. Show all posts
,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dunia!

Assalamualaikum fellas! Dikesempatan ini, i nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin untuk semua kengkawan blogger i dimana sahaja berada even yang berada di hujung dunia sekalipun. We share hari yang sama, kan? :).
 
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, 
MAAF ZAHIR DAN BATIN Ya


Xoxo
Love Korang
Continue reading Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dunia!

My Cerita Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidiladha awak-awak sekalian alam. How raya's awak-awak? Dapat daging korban tak? erk. Sure dapatkan? Suami i kata jiran depa kat ipoh siap bagi depa 3 kilo daging kambing. terbaik. Jangan sebut kambing depan i. I terliuq cepat. Hehe.
Ok. Cerita Hari Raya Aidiladha i simple sahaja. Lagi pun kat Kota Kinabalu, Sabah, sesetengah tempat atau mungkin i tak tahu, Hari Raya Aidiladha tak berapa nak disambut such like masak-masak Hari Raya Aidilfitri. Suami i pun kata macam tu. 'Sabah tak berapa nak sambut Hari Raya Korban kan yang?' Kalau kat Semenanjung Malaysia, Hari Raya Aidiladha ni la akan disambut lagi meriah daripada Hari Raya Aidilfiti. So, i just like 'Oh ok yg'. Then, tak pe. Kita sambut sahaja as usual.


Nenek belong's. Later i talk pasal ni :)

Dan selalunya, Hari Raya Aidiladha, kita family pakcik buang tak plan apa-apa pun. But this year pula, i punya sister yang kedua plan kumpul ramai-ramai kat rumah mama kat kampung. So, i ikut sahaja. Lagipun i tak de suami kat sini. So i bila-bila masa sahaja free. Hehe.

So, he were go. My cerita Hari Raya. Maaflah tak sempat nak ambik gambar potong-potong ayam, sayur-sayuran, bawang-bawangan kat dapur sebab i sibuk nak cari line Digi kat kawasan rumah mama. Teruk giler line Digi kat kampung. Kampung's kan? What the fishcake there. Hehe. Then i tinggal nak membantu popet popet there sahaja kata lapar nak makan. Then oh lupa. Ada bakar ikan uji rashid kat situ, aka ikan merah. Do no la kenapa tipikal panggil ikan uji rashid. Mungkin sebab mata ikan merah itu besar like penyanyi uji rashid? oh no! Tak tahu. Dan gelaran tu kekal. Nak pergi buat aktiviti ke apa ke, 'jangan lupa beli ikan uji rashid. Boleh bakar-bakar'. Gitu. Sabah macam tu la. I bagitau je. Esok lusa kot-kot awak-awak mai Kota Kinabalu, Sabah kan. Tak la awak-awak sekalian alam rasa pelik :D

Then makan-makan. After that, pergi ziarah nenek nudar kat tepokon. Setahun rasanya tak ziarah nenek. Maaflah nenek. Syukur alhamdulillah, nenek nampak sihat kat situ sedikit. Berbanding dengan sebelum ini, nenek pucat dan takut juga if anything hapend kan. Then chit chat dengan nenek. Nenek masih ingat nama-nama anak menantu dan cucu dan cicit. Terima kasih nenek.


Semua hantu wefie. Pantang nampak kamera :D


Nenek and me :)


Kakak Nurul was busy candid while Nenek chit chat wit me, asking mana i punya suami :D

After that, rumah babu kasiah i. Ni babu kasiah da whatsapp seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha, pesan datang rumah. Sebab masa Hari Raya Aidilfitri hari tu, kitaorang datang rumah babu, but babu kasiah not there. So kali ni, kena wajib datanglah. Dan, ada laksa wei! I suker giler laksa since ter makan laksa kak dayang, officemate i make it. Giler sedap. Before this i tak reti nak makan. Macam geli gitu. Tapi-tapi. Lepas tu i da buat makan tau. Siap tambah dua mangkuk. Pergh. Jangan cakap. Boleh meleleh. 


My kakak ipar. Hello hi SIL! At babu kasiah house.

Ok. tu je kot nak cakap pasal Hari Raya Aidiladha i. Dari rumah babu kasiah dan terus balik inanam. Esok abang syafik, abang nong da bekerja. I masih bercuti kemarin. Namun. I sakit T_T. Syukur alhamdulillah. 


Selamat Hari Raya Aidiladha again!
xoxo.
Continue reading My Cerita Hari Raya Aidiladha
,

Pemberian Bantuan Khas RM500 Pada 13 Jun 2016 ini

syukur alhamdulillah. tak banyak mana pun, tapi still boleh membantu kan? bersyukurlah. daripada tiada. semalam tengah masak kat dapur, bertubi-tubi pula whatsapp group adakah aku kesah tu masuk. erk. ni mesti ada hot gusip ni. haha. telah dijangka. rupanya nak habaq tentang bonus RM500 yang memang ditunggu-tunggulah oleh penjawat awam semua. jangan cakap PG je tunggu. korang yang blogger gomen ni pun, sure tunggu kan berita baik ni? hehe.


ok! katanya. pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 jun ini. melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 billion. bukan sikit. banyak tu. dengan harapan dimana bantuan ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara bagi persiapan hari raya aidilfitri nanti :)


juga disebut adalah mengenai satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada julai ini juga. sabah belum lagi T_T. so jangan lupa, ingatkan diri sendiri juga untuk berjimat cermat. gaji bulan 7 lama lagi kot nak sampai :D

terima kasih PM :D
xoxo
Continue reading Pemberian Bantuan Khas RM500 Pada 13 Jun 2016 ini

Potluck di Hari Raya Aidiladha

hi fellas. ok perut da memang kenyang sekenyangnya. gambar kat bawah gambar menu keluarga PG di pagi hari raya aidiladha hari ini. kebiasaannya daging, ayam. sayur dan juga ikan uji rashid. tau kan ikan uji rashid tu? tapi pagi ni lambat sikit ke pasar, so ikan tak de. PG ganti dengan beli sayap ayam. plannya memang nak ada bakar-bakar. so. bakar ayam je la. 

potluck? kakak PG (kak didie) selalunya memang rajin potluck bagai ni. even sebenarnya dekat rumah mama pun boleh je buat kan. hari raya macam ni pun rajin juga buat potluck. hehe. tu pun sebenarnya pesan kat kak didie, masak kat rumah sendiri nanti sampai rumah mama tinggal makan je. senang. hahaha. 

sampai rumah mama. part kak didie da selesai. part aku belum. kekeke. ala senang dan mudah je pun. perap sayap ayam then bakar. masak sayur kubis. air orange kakak ipar PG buat. air limau kak didie buat. limau nipis ambik dekat belakang rumah mama je. jimat sikit duit kan. 

oh by the way, potluck tu sebenarnya tak kiralah waktu dan ketika apa sekalipun, boleh je nak buat kan. tak payah tunggu ada perayaan kecik ke besar ke. best juga ;) jimat duit belah diri sendiri dan juga belah kakak. hehe. 


maaflah. air lupa nak snap :D
toodles!
Continue reading Potluck di Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Selamat Hari Trafik Juga ;)

hi fellas. morning. sebelum balik (waaa. awal lagi da plan sebelum balik. hehe) PG nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat kengkawan bloggers PG, yang menyambutnya. Semoga Sambutan Hari Raya kali ini, akan lebih bermakna dari tahun-tahun sebelum ini. InshaAllah. Mana-mana anak-anak yang tidak dapat pulang berhari raya pada hari raya baru-baru ini, semoga dihari raya aidiladha ini, dapatlah hendaknya pulang meraihkan sambutannya bersama-sama keluarga tercinta. wa macam syahdu je kan ayat PG tu. hehehe.



itu dia. jangan nak menafikannya sama sekali tau. sambutan seperti ini, kebiasaannya juga adalah selamat hari trafik. huhu. perjalanan nak balik kampung, rumah mama memang selalunya akan mengalami trafik jem macam ni. kesian dekat suami sebab akan sakit kaki bila terlalu lama drive. sikit-sikit nak tukar gear. PG drive, PG tahulah penatnya macam mana. so. pesanan penaja daripada PG, rancanglah perjalanan. mungkin PG akan balik malam sikit. selalunya selepas jam 9.00 malam jem akan berkurangan disitu. apa pun. doakan PG selamat sampai rumah tau. hehe.


ha itu dia. sebenarnya plan nak balik kampung, baru je decide tadi. tu pun dekat group whatsapp family. amboi. tak semena-mena keputusan balik adalah muktamad gitu. hahaha. PG selalunya tak gemar balik kampung dengan tergesa-gesa jika ada benda yang belum diselesaikan dekat rumah. contoh? kain baju kemarin lepas punya tak basuh lagi. tak lipat kain baju lagi. tak pack lagi baju apa nak kena bawa balik. mana dengan baju sendiri, baju suami lagi. pakaian dalam, luar, berus gigi, sabun, tuala segala bagai. bukan tak de benda tu dekat rumah mama. tapi ye la, bila da ada suami ni, lain sikit peliknya tu. ahahha. ni kalau sapa yang da nikah kawen, memang tahulah kot jadual sebagai seorang isteri disitu. erk. amboi. panjang lebar pula membebel kan. hahaha.

oklah. PG berhenti dekat sini dahulu. nampaknya kena buat entry autopost ni. sebab dekat kampung sure tak de masa nak update blog ;) selamat hari raya aidiladha semua! berhati-hati balik kampung tau. ❤

toodles.
Continue reading Selamat Hari Raya Selamat Hari Trafik Juga ;)

mood ke laut

hi fellos. morning, assalamualaikum. maaf erk. again and again lately jarang nak update blog. bukan tak de mood. ada mood. hari-hari pun aku jenguk blog ni. cuma tak buat blogwalking dan nak update tu sebenarnya tak tahu nak start dari mana. da pula kenapa kan. honest, masuk office je sekejap mengadap kerja then lepas tu berlegar-legar dekat office sebelah. bukan pergi bergosip ke apa yer. puasa ni. ingat sikit. haha. sebab mata sebenarnya tak mampu nak mengadap skrin pc lelama. kena lari sat dari office ambik mood dekat office sebelah. da kenapa aku ni? adui. teruk betul perangai. ingatkan puasa ni perangai eloklah kot sikit T_T

ok. since beberapa hari ni juga, PG agak busy sebenarnya dekat program atau misi bantuan kemanusian for mangsa gempa bumi dikundasang, ranau sabah. as korang tahu kan. then ada aktiviti telah dianjurkan oleh one of pengarah dekat tempat PG bekerja. memang daebaklah puan. even kena pakai duit sendiri, tak kisah. ada punggutan juga dibuat oleh beberapa orang ahli member group we called 'underground club'. syukur alhamdulillah. memang banyak sambutan. even misi ni peribadi sahaja, tapi ada beberapa agensi yang serius, honest baik hati membantu disaat-saat akhir. even agensi lain tak dapat berkumpul such like PG dengan UC duduk berkumpul, packing barang, lipat melipat, buat justifikasi pakaian dan sebagainya, tapi itu da memadai.


kuih atas tu tak de kena mengena dengan tajuk. tapi nak bagitau korang, itu kuih raya fav no. 1 aku. hahaha

next entry maybe? :)
toodles.
Continue reading mood ke laut

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Morning, assalamualaikum fellow! Selamat Hari Raya Aidiladha dari PG untuk korang ye. Apa korang masak wei? ;) Ayam? Kambing? Lembu? Amboi. Bukan main lagi nooo. PG? Haha. Korang masak ayam, PG masak telur ayam je la. Goreng makan dengan nasi panas bubuh kicap. Boleh je kan? Haha.

Salam Hari Raya Aidiladha dari bumi Malaysia!

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji pastinya satu perayaan yang dinanti-nantikan oleh umat islam sedunia. Tidak kira dimana sahaja berada, Hari Raya yang satu ini merupakan perayaan terbesar di dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri yang kita sambut pada setiap 1 Syawal. Selepas sahaja selesai menunaikan solat sunat, diikuti pula dengan sambutan ibadah korban.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. Sumber: Wiki
Ketika ini juga, hari yang dinantikan oleh para jemaah haji kita yang berada di makkah, melakukan ibadah haji, rukun islam ke-5. InshaAllah, mudah-mudahan mendapat haji mabrur!



Korban lembu di ladang 16, UPM, Malaysia.  
  • Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
Salam Aidiladha.
Continue reading Selamat Hari Raya Aidiladha!

Hari Raya je Makan ;)

Hi korg ;)

Adui. Perut tak boleh nak menampung lagi da ni. Masuk la ni, ini rumah ke tiga yang PG mai, dan lauk pauk yang tersedia memang tak boleh nak tolak. Rumah pertama umah makcik, ikan masak ampap memang pergh pecah leleh tak boleh nak tolak. Ikan ampap kalau tak tahu, rupa dia macam gambar kat bawah tu :D perghhh!!!


Ikan Ampap

Rumah ke dua, akak ipar PG yang kedua ajak pi umah kawan dia kat tuaran. Itu cerita semalam. Hampir sesat kat situ. Kawasan kampung yang gelap, hampir nak hujan. Boleh sesat pi hujung dunia yang memang kalau jadi pape etc minyak habis ke memang agak sukar kat situ juga. Lauk? Sambal belacan! Fuhhh memang tak boleh nak tolak la kan :D


Sambal belacan dari negara mana ntah. Tapi macam ni lah rupanya :D

Ar yang ketiga, malam ni lah. Kakak ipar pertama PG pula ajak pi umah kawan dia. Lauk? Sungguh yang ni memang tak boleh sungguh nak tolak. Kalau boleh nak tambah 2 3 kali lagi :D Bakso!! Ya Allah. Memang tangkap leleh wei. Letak kicap, cuka, lada, limau.


Bakso! 

Ok da, tu je nak update ;) esok nak beraya dekat kepayan and papar pula. Mata da mengantuk sungguh ni. Oh kepayan, tanah tumpah darahku :D Ooo sweet memory ever! Muah²!!

Toodles.
Continue reading Hari Raya je Makan ;)

Selamat Hari Raya Aidilfitri Korang!

Hi korang ;)

Kreadit: Anisputeri.tumblr.com

Haa. PG nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh Umat Islam yang menyambutnya pada hari ini. Syukur. Syukur alhamdulillah. Berkesempatan dan diberi peluang untuk sampai ke hari ini. Syukur! Semalam sibok sungguh dekat dapur mama, tak dengar langsung pengumuman rayo. Kekeke. Bila abang aku sorang tu habaq raya esok, abih satu rumah macam ada konsert anuar zain :D yang paling kecik jangan kata la. Bukan suara gombira, tapi suara nanges sebab abang-abang sepupu dia macam nampak hantu pun dia jugak. :D

Apa pun. Selamat Hari Raya Aidilfitri again PG nak ucapkan. Maaf Zahir dan Batin ye ;) muah²!

Toodles!
Continue reading Selamat Hari Raya Aidilfitri Korang!

Malam Lailatulqadar

hi korang.

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu.

Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin

Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah s.a.w di antaranya firman Allah s.w.t

Tanda Malam Lailatulqadar

Ada beberapa pendapat yang memaklumkan tentang tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar
  1. Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita
  2. Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat
  3. Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud
  4. Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari:-

Ahad atau Rabu, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29
Jumaat atau Selasa, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27
Khamis, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan
Sabtu, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23
Isnin, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21

Sebagai kesimpulannnya, yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
mysumber.com : tanda malam lailatul qadar 2014
Toodles.
Continue reading Malam Lailatulqadar

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2014 1435H Bagi Negeri Sabah

Hi.

Ramadhan tiba ramadhan tiba. Assalamualaikum semua :) beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan ramadhan bulan yang mulia kan? syukur alhamdulillah. Apa persediaan untuk ramadhan kali ni? :D inshaAllah, aku? selain dari memenuhi kewajipan 5 waktu tersebut, inshaAllah, kena juga kurangkan apa yang patut dan tambah apa yang sepatutnya. hehe.


Jadual Waktu berbuka Puasa dan Imsak 2014 1435H Malaysia. Kat sini aku nak kongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2014 1434H bagi Negeri Sabah. Memandangkan aku dekat sabah :) yang dekat Semenanjung Malaysia pun ada, korang boleh klik sama dekat nama setiap negeri dimana korang berada ok? :)


KLIK GAMBAR UNTUK TUMBERSARAN MELAMPAU YA :)
  
Zon VII : (BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, TAMPARULI, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR.
Zon I : (BAHAGIAN SANDAKAN TIMUR) TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN, SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
 
Zon II : (BAHAGIAN SANDAKAN BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH.
Zon III : (BAHAGIAN TAWAU TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN, KUNAK DAN LAHAD DATU.
Zon IV : (BAHAGIAN TAWAU BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN.
Zon V : (BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN BANDAR KUDAT.
Zon VI : GUNUNG KINABALU, KETINGGIAN 4,101 M.
Zon VIII : (BAHAGIAN PENDALAMAN ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN DAN KENINGAU.
Zon IX : (BAHAGIAN PENDALAMAN BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG.
Korang yang berada di negeri lain pun bolehlah klik pautan dekat bawah ya ;) just klik mengikuti negeri korang memasing :D



 Sumber:  Mysumber blog

Toodles. Yatie!
Continue reading Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2014 1435H Bagi Negeri Sabah