Saimdang Light's Diary True Story

Assalamualaikum fellas! I tengah nak mentawafkan diri tengok drama korea tajuk kat atas tu tau. Baru je nak masuk episode 7. Lagi 23 episode to go. Dengar kata drama korea berkaitan nama Saimdang ni base on true story. I ada check kat wiki and yes. Ada info mengenai Saimdang dan keluarga beliau. Ok, as long kita tahulah drama ni tak la merapu sangat pun even biasalah kan drama-drama will tambah itu ini sedikit bagi sedapkan jalan cerita depa.

a

Pakcik Google pinjam gambar awak tau :D

Saimdang what about? Sikit yang i faham, Saimdang menceritakan tentang diri beliau, seorang pelukis yang terkenal di zaman beliau, namun berhadapan dengan beberapa masalah setelah lukisan yang pernah dilukis beliau terselit dengan puisi yang tidak sepatutnya ter viral dan menjadi viral dengan makna, terjadinya itu akan menyebabkan percetusan bunuh membunuh. Dalam masa yang sama, Saimdang in da future (Masa moden)...Nampak sangat fantasi cerita ni kan. Hehe. Ok, Saimdang di zaman moden pula berhadapan dengan beberapa masalah. Dimana, ianya berkaitan dengan lukisan yang berkaitan dengan Saimdang di zaman raja-raja. 

Seterusnya. I tak habis tawaf, jadi tak tahu lanjut. Hehe. Macam best tak? Nak tahu best ke tak, jom layan drama ni k. I kejap tengok kejap update blog dan kejap akan buat kerja office. Tau-tau je la baru pindah jabatan lama semula. Muahahaha.

Xoxo.
Love Korang!
Share:

Pertukaran dan Perpindahan Yang Memenatkan!

Assalamualaikum fellas. Nampak sangat i cuba untuk update dan kemaskini blog i semula kan. Ok, i akan merangkak diam-diam kali ni. Since da lama sangat tak tulis something tentang perjalanan hidup i. Hidup seorang isteri yang kini berjauhan dengan suami. Orang kata PJJ. PJJ kalau bagi student, Pengajian Jarak Jauh kan? But i pula, Perhubungan Jarak Jauh. Wow! Ayat bukan main lagi kan. Hehe. Ok, last dari i tentang status seorang isteri. Rasa macam nak muntah hijau pula. Hahaha. 


Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 yang menjadi pilihan. Muahahaha.

Ok then, i nak update sekaligus entry ni tentang kerjaya i. I tukar bahagian dalam jabatan dan i tetiba pindah jabatan dan final i pindah jabatan semula. Macam mana tu? Ni la nak cerita sedikit tapi detail. Moga-moga i akan ingat bebenda ni semua in da future. Kononlah kan.

Ok! Jom. Last year. I tukar bahagian. Masih duduk dalam jabatan yang sama cuma ditukarkan bahagian. I buat kerja-kerja Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 yang kini telah ditukarkan gred ke N19 dan i dealing dengan Ketua Bahagian i bahagian lama sekaligus i bertugas dengan Ketua Bahagian yang sama di bahagian baharu. Ok. i settel kat situ.

Then. Tak lama ditukarkan bahagian. Ketua Bahagian i berpindah ke jabatan lain. I sedih kat situ. Kena berdiri sendiri dengan Ketua Bahagian yang baru. Ok tak pe! salah buat kerja pun, bukannya kena buang kerja. Paling tidak markah prestasi i dapat rendah. Kakakaka. 

Then! Tak lama duduk dalam bahagian tersebut. I naik pangkat. Syukur alhamdulillah. I naik pangkat ke Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22. Syukur sesangat. Rezeki. Rezeki berjauhan dari suami kot. Wakakaka. Then. I naik pangkat, i kena dan harus pindah jabatan pula. Since vot gred yang i dapat is berada di jabatan tersebut. Ok, i happy but at the same time is...sedihlah kan sebab kena pindah jabatan yang i memang starting from the bottom zero to hero dekat jabatan tersebut. Ok. i sedih tapi untuk kebaikan, i terima seikhlas hati dengan harapan dan minta semoga dipermudahkan urusan kerja-kerja i di jabatan baru. 


Sejenis ketul kerja i juga. I memang rajin. Hahaha. Abaikan plastik bata kat situ. Sebab kini dibawah meja i tak de apa benda selain cpu besar gajah itu memandangkan jabatan i akan melaksanakan EKSA. Apa eksa? Later i cakap. Hehe.


Kerja lama i di jabatan lama. Sejenis semak berulang kali dokumen yang tidak boleh ditunding jari kepada sesiapa pun jika ada berlaku kesalahan. Muahaha

Ok. Pindah Jabatan Jommm..Duduklah i dalam jabatan tak jauh mana pun dari jabatan lama. Hujung jabatan sahaja. Hahaha. Masih boleh melepakkan diri dengan officemate jabatan lama. No big deal. Ok settel. I duduk kerja di Bahagian Penyelidikan. Which is, i memang suka dengan kerja-kerja melibatkan penulisan dan memerlukan i berfikir susun ayat terbaik untuk siapkan kerja-kerja laporan atau apa pun. Ok. urusan i dipermudahkan. Staf pun mesra alam. Depa tak mesra alam, i turun padang mesrakan diri sendiri. Nak hidup, kenalah buat sesuatu kan. Hehe. Ok i duduk dalam jabatan tu dibawah Pengarah yang sebelum ini adalah One Off Pegawai Tadbir di jabatan lama i yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah. Rezeki pengarah dapat orang macam i. Muahahaha. I baik, I sopan, I boleh buat kerja. I boleh itu dan ini. Wakakaka. Ok, itu tak puji diri sendiri untuk up kan diri sendiri. Tapi...i puji sebab suka hatilah ini blog i. Hahahaha. Ok. Mohon jangan muntah hijau kalau baca ni tau :D


Sejenis ketul format kajian yang i kena buat ;)


Ok. I PINDAH JABATAN SEMULA! 

Itu dia. Dengan bangga i tulis dengan huruf besar kat situ. Hahaha. Remember i told korang tadi jabatan pertama i since i masuk kerja? Yes! I'm back semula ke jabatan lama i. Itu pun sebab Pengarah i di jabatan baru i itu tadi, di tukar menjadi pengarah di jabatan lama, dan angkut i sekali. I kena tadah MCD tau, jadi i makan. Hahaha. Jadi yaaaa. i ikut balik ke jabatan lama. Omenn. I back for good. i back for good to jabatan lama i. I still boleh berkhidmat dan dengan jabatan lama. I still boleh menyumbangkan something dekat jabatan lama i. Which is, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, kena ada taraf yang lebih tinggi (for me) daripada jabatan-jabatan lain. Its for me ya. Tak tahu apa pendapat penjawat awam yang lain tentang itu. ;)


Itu dia.... I aka PG. Seketul dua tiga ketulan muka gembira telah kembali ke jabatan lama :D
ok date karma! 07 April 2017 (Jumaat). Senang i nak cari date tu. Hahahaha.

dan Ya!

Kini i da selesaikan entry tentang i tukar bahagian, tukar jabatan baru dan seterusnya tukar jabatan semula. Sangat-sangat memenatkan. Hehe. I tak banyak cakap. Cukuplah i boleh berkhidmat dengan baik sebagai seorang penjawat awam. Gaji nak minta jugalah naik. Hehe.

Xoxo. 
Love Korang!
Share:

Rindu Blog!

Assalamualaikum fellas.

Rindunya kat blog. rindu sangat sangat sangat dan sangat nak merapu dalam blog ni. Korang apa kabar wei? maaflah lama tak bersiaran secara langsung dalam blog ni. Ada je kadang i duduk dalam ni, cuma tak berkesempatan nak menulis. I nampak je ada 2, 3 orang tengah online dalam blog ni. Syukur alhamdulillah. As long, ada jugalah yang masuk dan kot-kot tengah mencari info dalam ni kan. Ok that good. Oh terutamanya, i ada nampak beberapa pertanyaan dalam entry praktikal yang i pernah tulis sebelum. Maaf sayang-sayang. Akak PG akan cuba untuk membalas dan ya, i akan cuba untuk menulis tentangnya semula. Sebab, ada beberapa perubahan berlaku dalam jabatan ini. Oh by the way, I da kembali semula dalam jabatan ini. Later i talk k.


Seketul gambar i di tahun 2017 :D

Then now, i lagi tengah nak edit blog ni. Lamanya tak main dengan coding blog. Nasib tak tumpul lagi otak ni. Hahaha. Then apa pun, terima kasih tau singgah blog PG.

Xoxo.
Love Korang!
Share:

tabung wish list :)

Pusat Aduan Awam

ahli mesyuarat ;)

agenda mesyuarat :)

pengerusi mesyuarat ❤

perempuan 33.
februari 6th | married |
gomen staf | fully time blogger

Assalamualaikum.


Copyright © YatieOwner | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com