Sesi Penjagaan Rambut Dengan Dove | Dove Hair Care Range

in , by YatieOwner, Wednesday, September 14, 2016
Dove Hair Care Range | I jenis manusia suka tukar-tukar shampoo. Bukan takat shampoo. Pencuci muka ke, makeup ke, tuala wanita pun i jenis suka nak tukar-tukar bila masa tengok ada retis-retis dekat tv tu tepek muka depa lawa-lawa dengan satu-satu produk. Macam Nora Danish kan duta Safi Rania Gold tu. I pun terjebak sama pakai that produk. Konon-konon nak muka i nanti sehalus mulus tulus Nora. Tak de hal. Biar i perasan sorang-sorang. Korang jangan terjebak. Hehe. Tapi officemate i da terjebak dengan i tau. Muhahaha.

Sesi Penjagaan Rambut Dengan Dove | Dove Hair Care Range
 Pakcik google pinjam gambar.

Then beralih kepada penjagaan rambut pula. I rasa nak terjebak dekat DOVE ni pula. Dulu i kejap je pakai dove. Macam yang i kata, i jenis tukar-tukar pakai. Tak stick pada yang satu. Konon-konon nak tengok mana sesi penjagaan yang terbaik untuk rambut i la kononnya. Tak de hal kan. Ikut suka hati je.

Then apa jadi dekat rambut i?

Sampai sekarang i masih ada masalah dengan rambut yang kerap gugur. Kalau i sikat pakai jejari je pun, ada lah lebih daripada 20 helai rambut akan ikut sama kat jejari runcing i tu. Awak-awak rasa kalau dalam seminggu berapa helai rambut i akan gugur? T_T Nangis i kejap tepi meja office ni.

Sebut shampoo. Selalunya i akan pilih yang jenis ada sebut kelemumur kat situ. Tu je la. Conditioner pula i jenis tak kisah. Tak tahu la boleh campur-campur ke tak, atau kena juga yang sama dengan kelemumur tu. Korang rasa? I kena pakai yang berkaitan ke apa? Sebab sumpah, sampai sekarang i tak tahu ;)

Terima kasih Nuffnang!
Terima kasih DOVE!

xoxo.
SHARE 0 comments

Add your comment

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner · THEME BY WATDESIGNEXPRESS