Melissa Shoes. Warna pink dekat situ memang betul-betul mengoda kan? ;) rasa nak grab 10 pasang je. amboi amboi. Ok, regarding tajuk PG atas tu, let me share sedikit bout Melissa Shoes kat korang, sebelum PG berkongsi 4 tips hebat membeli Melissa Shoes!

MELISSA SHOES adalah satu jenama fesyen kasut yang PG rasa tidak perlu diperkenalkan lagi sebenarnya! Ini terbukti dengan kewujudannya sejak lebih tiga dekad yang lalu, telah berjaya mencuri perhatian ramai pelanggan setianya untuk kekal setia sehingga ke hari ini. Mempunyai aura tersendiri, setiap barisan produknya pula, hadir dan diserikan dengan rekaan yang penuh elemen keremajaan dan sentiasa mengikuti perkembangan trend fesyen terkini yang sedang hangat dalam pasaran.

Malah, kini Melissa Shoes telah menjadi jenama fesyen kasut pilihan yang telah berjaya menarik perhatian ramai fashion stylist dan peminat fesyen yang lebih dikenali sebagai fashionista di seluruh dunia dan juga Melissa mempunyai reputasinya tersendiri yang cukup gemilang dalam industri fesyen sebagai jenama kasut plastik nombor satu di dunia!.

Untuk pengetahuan semua juga, selain daripada itu, Melissa mempunyai pencapaian yang cukup hebat dalam menghasilkan rekaan kasut yang cukup inovatif dengan kolaborasi istimewa bersama pereka fesyen antarabangsa yang hebat seperti Vivienne Westwood, Jean Paul Gaultier, Iseey Miyake dan Karl Lagerfield yang turut dikenali sebagai living legend. Hebat bukan? :)

Tampil Mengoda bersama Melissa Shoes!
Zalora, pinjam gambar ya.

4 TIPS MEMBELI MELISSA SHOES - http://www.zalora.com.my/melissa/

PG kalau bab membeli kasut sebenarnya sukar untuk mencari sepasang kasut yang terbaik. Lebih-lebih dan nak-nak lagi untuk cari yang terbaik dengan harga yang berpatutan. hehe. Tapi, apa pun. Kat sini, PG nak kongsi dengan korang, 4 tips membeli Melissa shoes yang korang perlu tahu, dan boleh digunakan untuk mendapatkan kasut yang terbaik dengan harga yang menarik. jom baca. 

  1. Tips pertama, peka dengan bajet dan elakkan impulse purchase. pastikan korang mempunyai senarai kasut yang korang benar-benar mahukan. cari dan stick dengannya. tidak semestinya jika ada kasut yang tengah on sale, bermakna korang nak pun dapatkannya juga. kena stick pada yang satu la sebenarnya. hehe.
  2. Tips kedua dari seorang fashion stylist. Cuba untuk keluar membeli-belah pada penghujung hari. Ini kerana selepas korang banyak berjalan, kasut yang korang akan cuba, inshaAllah akan fit dengan lebih baik dengan kaki dan akan lebih selesa.
  3. Tips ketiga, dapatkan tiga saiz kasut yang berbeza sebelum membelinya. Beli yang benar-benar muat sahaja. mudah je tips ni kan? ;)
  4. Tips keempat, jika korang sukar berjalan dengan kasut tersebut, jangan beli! Mungkin ianya kelihatan cantik tetapi for sure korang tak nak kasut yang cantik tetapi menyakitkan dan tidak selesa kan? :)

so bagaimana? telah mendapat gambaran kasut apakah yang akan korang beli dekat Melissa Shoes? for sure pinky one tu kan? hehe. semoga tips yang PG Kongsikan ini dapat membantu korang dalam membuat pemilihan untuk membeli Melissa shoes atau maybe kasut-kasut jenama lain pula. semoga bermanfaat! ;)

done.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. kita tergoda ke orang lain tergoda pd kita...
    hehehhehe

    ReplyDelete
  2. Cantik design dia..tapi susah sikit Fida nak pakai..kaki gajah sikit Fida ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita samalah fida. dan agak sukar nak membeli kasut secara online. kena beli yang kita kena pakai dekat kaki sendiri T_T

      Delete

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner · THEME BY WATDESIGNEXPRESS