Gambar Pra Perkahwinan Pelakon Shukri Yahya dan Tya Adnan ❤


how sweet both of u. serius giler hensem shukri yahya kan. mendapat jolokan nama jerico malaysia. ar sweet. bagi yang tak tahu, shukri yahya dan tunang tya adnan akan bergelar suami dan isteri pada 20 november 2015 ini. tak lama lagi lah. dulu zaman aku nikah kawen, tak de kot nak buat gambar-gambar pra perkahwinan macam ni. haha. nak buat, buat sendiri nanti :D




maigad jerico sangat !

toodles.
Share:

Kalendar 2016 for Everything About Love

ar ambik. tajuk bukan main. aku tengah cari kalendar untuk next year of course. tapi kalau boleh nak start cari kalendar untuk tahun hadapan tapi boleh selitkan untuk bulan november, disember tahun ni juga. payah nak cari macam tu. tapi. tapi. kalau rajin dan kreatif. boleh je nak buat sendiri kalendar tu kan. aku tengah fikirkan beberapa idea untuk dapatkan kalendar seperti yang aku nak. few thing blog yang aku da terjah. dan the only one blog yang memang aku da nampak arah apa yang aku nak buat nanti. cuma cuma. colour printer dekat office ni bermasalah sikit. kena tunggulah colour printer tu ado nanti. mak ai. nampak sangat mempergunakan alat peralatan kerajaan. ada aku kisah? haha. 

so. gambaran tu da ada macam mana nak buat. aku ambik contoh dari blog fizah. korang kalau nak tempah hasil planning calendar 2016 beliau, boleh klik link nama fizah tu. serius lelawa kalendar hasil kreativiti beliau. aku bukan tak mampu nak beli milik sendiri, tapi nak cabar diri sendiri dahulu buat macam mana hasil kreativiti sendiri, tapi ikut contoh yang telah sedia ada. nantikan. heheh. 


colourful indeed. cantik dan simple kan? :)


macam ni pun punya simple pun lawa. sedap je mata memandang.

toodles.
Share:

Jika Ada Salah Faham Antara Saudara Mara. Bersangka Baiklah.

perselisihan faham sesama saudara mara bagi aku adalah sesuatu perkara yang memang perkara biasa. bagi aku. bagi orang lain. mungkin bukan sesuatu yang biasa. mungkin luar biasa. haha. saudara mara ni bukan sahaja bagi aku dikalangan adik beradik aku sendiri. tapi ianya juga adalah termasuk abang-abang ipar, kakak-kakak ipar, plus adik-adik ipar. erk. aku la paling bongsu. haha. adik ipar belah suami aku adalah. so. semua tu adalah juga dalam kalangan listing aku sebagai juga adalah saudara mara. pendek kata, manusia-manusia, hamba-hamba Allah kesekian alam ria kesayangan aku semua, even ada perselisihan faham, itu adalah (berapa banyak adalah dekat situ) perkara biasa bagi aku.

perkara biasa juga bagi aku. jika ada salah faham. u have to keep silent. biar hati sendiri sakit. tapi jangan sakiti hati orang lain. that point penting nak hidup dengan aman damai jika ada perselisihan faham berlaku sesama sedara mara. bukan dengan sedara mara je la. dengan sapa-sapa pun. jangan pernah sakiti orang lain tau. tak elok. wallahi mungkin ada yang kita tak sengaja, lain cerita la kan. jangan je yang sengaja tau. haha.

then. sebenarnya juga, apa yang aku nak cakap adalah....few back later, ada bebenda yang aku dengar pasal aku yang boleh menyebabkan terjadinya salah faham itu terjadi sebenarnya. tapi aku think positif je la. apa yang diberitahu dekat aku pun, aku just dengar dan bertindak tenang. tak perlu nak gagah berani even tahu diri tak salah, gagah nak pergi serbu. we have to think orang cakap, tengoklah how pelajaran engkau tinggi mana berbanding dengan orang yang kutuk kau tu. bukan nak merendah-rendahkan orang lain. tapi. let it be. be your self. kalau tahu diri tak salah. just ignore it. simple. selesai masalah. pendek kata, bersangka baiklah.

baru-baru ni juga, aku ada terberkongsi status TMJ. kenalkan sapa TMJ? Tengku Mahkota Johor yang hensem one tu. hehe. TMJ say something like this 'The Best Business in The World is To Mind Your Own Business'. ar nampak. jaga diri sendiri dahulu. what ever people say tentang kita ke apa ke, sampai perselisihan faham berlaku, bersangka baiklah. kalau boleh lari, cuba lari dari keadaan ketegangan tersebut. 

thats it. ok. talk later. ;)
toodles.
Share:

Home Deco Label

sejak beberapa hari ni, aku memang kaki google home deco dekat office. bukan je office, masuk kereta je terus google home deco punya design. belum lagi tahap kronik, sampai dalam bilik air aku bawa sekali google. lagi teruk kronik sampai suami ajak tidur pun masih tak tak mahu tidur sebab sambung lagi google home deco. sapa-sapa yang rajin semak keyword korang, nampak dalam carian home deco ke atau apa sahaja berkaitan pasal rumah, sah. memang aku lah tu. hehe.

minat dengan design home deco ni sebenarnya da lama kot. dari belum kawen lagi. dari masih zaman kegemilangan anak dara lagi pun. dekat ruang tamu, dapur memang tak boleh nak deco. kang mak-mak bising pula. da kenapa pula anak dara aku sorang ni. mak da kemas macam tu punya lawa, diubah pula kedudukan kat situ. ar. bising mak-mak kita kan.

ar. la ni da menikah kawen ni, dan bila da nak duduk sendiri laki bini berdua, ar lantaklah nak buat apa dekat rumah sendiri. mak tak bising. mak tak kata apa. masa ni lah nak pamerkan skill tersendiri macam mana nak hias rumah untuk laki sedap mata memandang. hahaha. erk. tak la kot. untuk keselesaan bersamalah sebenarnya. dulu mak-mak kemas rumah sebab nanti suami mak-mak bising. bapa kitalah bising :D nanti, da duduk laki bini, kemas rumah juga untuk laki kita sedap mata memandang. dan kita pun da ikut macam mana mak-mak kita buat dulu. benda yang sama kan? ;)




tu dia antara ruang tamu yang nice dan memang sedap mata memandang bagi aku. bagi korang, tak tahulah kot. putih memang pilihan utama aku la. bersih, suci, tulus mulus. duduk lepak pun tenang je. aku dengan suami memang kaki lepak tengok movie dekat luar. kalau ada wayang baru, kalau rajin, pergi tengok. kalau tak, nanti keluar cd cetak rompak (amboi), tengok dekat rumah je. so dapat ruang tamu macam ni punya baik, memang kaki duduk rumah je la tengok movie kan. oh rumah sewa PG tu nanti, tak la besar mana pun ruang tamu dia. tapi still ok dan nice kalau nak buat macam dekat atas punya design. kena cari dan bajet je la. dengar kata, MR. DIY da ada dekat 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah. wajib pergi this weekend memandangkan sabtu ni da masuk rumah sewa ;)

nanti nak buat home deco label. senanglah nak rujuk ke apa nanti. ok. stop kat sini dulu. nak balik da. bye korang!

toodles :)
Share:

Tips Penjagaan dan Penggunaan Bilik Air di Rumah

rajin pula nak update pasal hal-hal rumah kan sekarang. hehe. ni namanya tak sabar nak ada rumah sendiri. tetapi memandangkan masih tak mampu nak beli rumah sendiri, rumah sewa pun jadilah. as long ada rumah dan tak lah rasa macam homeless sangat kan. syukur alhamdulillah.

sebut pasal bilik air. perkara kedua aku titik beratkan dekat rumah selain dapur, adalah bilik air. thank god. rumah yang aku nak sewa ni, bilik air dia nice. bolehlah dikemaskan apa yang patut kalau nak. thank god la, suami memang ok dengan bilik air rumah sewa tu. bukan apa. tempat yang paling agak rasa nak selesa selain ruang tamu dan bilik tidur, of course bilik air. haha. nak duduk termenung lelama dalam tu pun tak pe. kekeke.

so dekat sini, PG nak kongsi gambar ni dengan korang. tips penjagaan dan penggunaan bilik air. senang. mudah bagi kita faham dan semua orang faham. kan? ;)


 
semoga bermanfaat ;)

toodles.
Share:

Nak Follow blog tapi Tak de Button Follower!

sapa ada masalah nak follow blog blogger lain, tapi tak jumpa mana button follower owner blog? apa korang rasa? lebih-lebih lagi, da lama duduk dalam blog, tunggu punya tunggu tapi tak juga muncul button tu. stres tak? T_T


aku nak cakap menyampah pun, tak juga. kena juga tunggu dengan penuh kesabaran. kalau da kena ikut rule GA, Contest bagaikan. tapi. tapi. sapa-sapa owner blog yang rasa ada buat GA ke Contest ke, tau korang one of sponsor ke apa ke, tolonglah, tolong. tolong alert dengan button follower korang. check samada berfungsi atau tidak. tengok juga sama blog korang loading cepat atau lambat. banyak kelebihan juga kalau blogger rajin semak tahap 'kebersihan' blog sendiri. lebih-lebih lagi yang letak iklan berbayar. check tahap loading blog korang. percayalah. korang akan terima manfaat kat situ nanti.

berbalik dengan button follower tadi tu. PG cuma nak pesankan sahaja. tolonglah check button follower tu. takut nanti bakal para peserta (amboi) GA, Contest macam aku ni, giveup dan sudah pasti, satu kerugian disitu sebenarnya dekat blogger yang tengah anjurkan GA, Contest atau pun pada para sponsor GA, Contest.

toodles.
Share:

Giveaway October 2015 Cash by Emas Putih


[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015

jemput join semua. kot-kotlah rezeki melekat dekat blog kita kan ;)
toodles!
Share:

Kau, Aku, Kita Sinopsis

another drama melayu lagi keluaran daripada novel. woot woot. janna nick so sweet there. semalam da start episod pertama. tapi aku tak mampu nak habis tengok sampai pukul 10.00 malam. mata da pedih sangat dari pagi mengadap skrin dekat office. nak tengok skrin fon pun tak mampu. huhu. jom baca sinopsis.

Sinopsis Drama Kau Aku Kita
Mingisahkan tentang dua karakter berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman (Janna Nick) manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus (Syarul Ridzwan). Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.

Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.

Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status.

Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru.

Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?

kredit and thanks: http://infotaip.blogspot.com/2015/07/drama-kau-aku-kita-tv3.html

Drama rantaian terbaru adaptasi novel 'Kau, Aku, Kita’ karya Orkid Edyliyne. Diterajui gandingan baru lakonan Syarul Ridzwan bersama Janna Nick. Diarahkan oleh sutradara Azman Yahya dibawah syarikat produkti JS Pictures Sdn Bhd. Drama Kau, Aku, Kita bakal mula bersiaran pada 28 Oktober nanti, setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam eksklusif di slot Lestary saluran TV3.


JUDUL : KAU, AKU, KITA
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : 28 Oktober 2015 (Rabu & Khamis, 9.00 malam)
SIARAN : Slot Lestary TV3
NOVELIS : Orkid Edyliyne
SKRIP: Rehal Nuharis
PENGARAH : Azman Yahya @ Jinggo
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Syarul Ridzwan, Janna Nick, Isey Fazlisham, Adeline Tsen, Tunku Hanis, Hafidz Roshdi, Shamsul Ghau Ghau, Kay Maria


WATAK PELAKON
Syarul Ridzwan sebagai Aus
Janna Nick sebagai Iman
Isey Fazlisham sebagai Mus
Adeline Tsen sebagai Dr Aireenie


LAGU TEMA / OST KAU, AKU, KITA
Lagu : Kau Bagai Udara
Penyanyi: Bahrain
Video & Lirik : Link

toodles.
Share:

Sesi Borong Barangan Dapur ❤

lot of think aku fikir nak beli apa dan apa since rumah sewa hari tu memang confirm nak sewa. haha. pening pula. belum lagi masuk rumah sendiri. kan? hehe. beberapa hari lepas da confirm dengan tuan rumah dan penyewa yang nak keluar tu, terus decide dengan suami, kena beli itu dan beli ini. amboi. macamlah banyak bajet kan.

but. alhamdulillah sesangat. urusan aku dan suami dipermudahkan. sesi borong barangan dapur, sangat-sangat dipermudahkan. pergi mana-mana mall memang tengah buat sale. serius best. harga murah dari harga biasa. untuk bahagian dapur, bebenda penting yang aku memang fokus kena wajib beli, mestilah dapur masak. periuk nasi. pemanas air letrik plus tong gas. cukup empat benda tu. peti ais belakang pun tak pe. lagi pun kat rumah, selain sabtu ahad, baru la nak nampak muka kami laki bini. hehe. tuan rumah siap tanya lagi 'oh korang sabtu ahad baru adalah kan sepanjang hari'. yup!



itu dia. lupa nak tengok senarai harga. nanti PG update semula ;D

dapur da lepas. tinggal nak masuk beli barangan kering, etc beras, bawang bawang segala, rempah ratus. mak ai. macam nak beli barang untuk meniaga makanan pula kan. 

ok. tu je la nak share dengan korang. bebenda bahagian dapur yang paling utama patut dibeli. lepas ni fikir nak tinggal angkut mesin basuh dari rumah mama je, plus bakul baju yang ntah ada berapa bakul yang belum pun aku start kemas. haha. 

wish me luck!
toodles ;)
Share:

Berita Gembira Bajet 2016 Untuk Penjawat Awam



  • Beri faedah pemindahan gaji penjawat awam bersamaan 1 kenaikan gaji tahunan ikut gred yang akan manfaatkan 1.6 juta
  • Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406,000 penjawat awam 
  • Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan 
  • Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan 
  • Gaji minimum Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dinaikkan kepada RM920 bagi semua sektor kecuali perkhidmatan domestik/pmbantu rumah 
  • Penjawat awam akan terima pemberian khas RM500 pada Januari 2016 
  • Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM250
Pautan Sumber: mysumber.com
toodles.
Share:

Muharram Birthday Giveaway By Sakura

holla fellas. good morning! PG nak udpate sesegera mungkin. nak jemput korang join giveaway daripada blogger Sakura. klik banner kalau sudi nak join. lagi satu, giveaway ni one of blog giveaway yang PG sponsor hadiah dia. so, cepat cepat join. inshaAllah, inshaAllah, rezeki, mana tahu dapat hadiah daripada PG kan. hehe. untung badan :D then, PG jemput korang semua follow tau. syarat PG pun senang. follow je blog PG ni dan letak duduk dalam bloglist korang. ar senang je kan. apa lagi? jom! good luck tau. klik banner dibawah :)

http://misssakuradiary.blogspot.my/2015/10/muharram-birthday-giveaway.html

toodles.
Share:

Giveaway Duit Saku Dari BBL


< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Rasanya dah makin stress rakyat Malaysia dengan isu harga barang & perkhidmatan dah naik. Pergi sana - harga barang naik, pergi situ - harga itu naik & datang sini pun dah naik harga. Tapi jangan risau jangan kusut kepala kerana BBL nak kasi duit saku untuk korang! 

Tepuk tangan sikit!

Boleh buat belanja nasi lemak & teh tarik untuk breakfast atau beli nasi goreng telur mata makan malam ya. Kiran macam BBL belanja versi digital la. Okay check out berapa banyak duit saku untuk pemenang.

Hadiah duit saku dari BBL

Duit saku RM30 
untuk 1 orang pemenang

Duit saku RM20 
untuk 1 orang pemenang


Duit saku RM10 
untuk 2 orang pemenang

Duit saku RM5 
untuk 4 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway Duit Saku Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 November 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 November 2015 nanti


BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

jom join ;)
toodles.
Share:

Wangi Sepanjang Masa dengan Lux Obsession

zaman remaja aku dulu, tak mampu kot nak beli minyak wangi-wangi ni bagai. bedak je kot mampu. bedak pula bedak johnson baby. pergh. epik nama tu kan. turun temurun la PG kata. bila tak puas hati dengan kewangian bedak yang tinggi melangit dengan harapan bila orang lalu je terus tergamam 'wa wangi' gitu, beralih dengan sabun mandi yang kalau boleh pakai je terus melekat bau-bauan dekat badan. ambik kau. haha. la ni, suami duduk dekat belah tepi je, terus puji 'wanginya ayang'. ambooooiii. terangkat terus. muahaha.

la ni juga. tak payah nak beli minyak wangi bagai kot. sebab kini, LUX telah mengeluarkan produk baharu mereka iaitu, LUX OBSESSION. kekal sehingga 8 jam. kiranya kalau waktu bekerja bermula dari pukul 8 pagi, akan tamat tempoh pada pukul 3 petang. kan? hehe.


kredit: nameeroslan blog

patut  beli untuk mencuba sendiri keberkesanannya. thanks nuffnang! thanks LUX ;)

toodles.
Share:

Exclusive Breastfeeding ❤

hi fellas. untuk mommy, for sure tahu penyusuan ibu secara semulajadi adalah yang terbaik untuk baby kan. PG tak de rezeki nak menimbang baby sendiri lagi, so PG zero bout that, cuma kena biasakanlah diri dengan info-info mengenai penyusuan. later, tak lah kekok kan. haha. 

ok. kat sini, PG nak berkongsi tips yang PG dapat dari laman web breastfeedingmy. kot-kot newbies mommy yang tak tahu, and bila baca ni, ada sedikit ilmu tambahan kan. syukurlah. boleh tambah ilmu lagi berkaitan susu ibu. hihi. ingat tu. susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi kita. inshaAllah.
 Bagaimana Mencairkan Susu Perahan yang diBekukan?
  • Rendam dalam semangkuk air atau lalukan di bawah air paip
  • Tuang susu yang telah cair ke dalam botol susu
  • Panaskan susu samaada menggunakan warmer atau rendam dalam semangkuk air suam
  • Elakkan daripada memasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk mencaikan atau memanaskan susu kerana akan menyebabkan kehilangan khasiat susu ibu
  • Selalu periksa suhu susu sebelum memberikan kepada anak
  • Setelah dicairkan, susu mestilah digunakan dalam masa 1 jam dan tidak boleh dibekukan semula

Berapa Lamakah Susu Perahan Boleh disimpan?
  • 3 bulan, (bahagian atas peti sejuk atau freezer)
  • 48- 72 jam, (bahagian bawah peti sejuk)
  • 4 jam, (suhu bilik)
   
 

Perkongsian Penyusuan Mommy Blogger

ar itu dia. dekat laman tu juga dikongsikan pengalaman para mommy blogger kita berkaitan penyusuan untuk bayi mereka. selamat membaca semua :)  



woot woot. terima kasih nuffnang, terima kasih Kementerian Kesihatan Malaysia, sebab sudi beriklan dalam blog PG.


toodles.
Share:

Intipati Bajet 2016

Intipati Bajet 2016. sikit jam lagi pukul 3.00 petang ini akan berlangsungnya pembentangan bajet bagi tahun 2016 pula. sudah pasti seluruh rakyat Malaysia menanti-nanti pembentangan ini dan tertanya-tanya, apakah intipati bajet 2016 yang akan disuarakan oleh Perdana Menteri Malaysia kita pada hari ini. syukur alhamdulillah, untuk tahun ini dan hopely untuk bajet 2016 akan ada terselit berita gembira (mungkin) untuk pejawat awam. harapan BAJET 2015 dan harapan untuk BAJET 2016, harapnya sama juga atau mungkin ada penambahbaikan (mungkin), harap macam tu la kan.

berita gembira daripada bajet 2015.
Bonus RM500 untuk penjawat awam


terselit sama tidak lama selepas itu
Pengumuman kenaikan Elaun Perumahan bagi Penjawat Awam RM300
Download Pekeliling Imbuhan Tetap Perumahan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan

kita harapkan ada yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia ok .

toodles.
Share:

Giveaway dari Sponsor Cepat Join!

holla fellas. PG ada sponsor satu giveaway. giveaway dengan hadiah bernilai RM1000 untuk dimenangi oleh bakal para pemenang. kat sini PG nak maklumkan bahawa, giveaway akan tamat pada 30 OKTOBER 2015 ini tau. tak lama lagi tu. oleh itu, PG nak uar-uarkan, sapa yang tak join lagi, bolehlah joinkan diri segera. Pelbagai hadiah menanti untuk para pemenang ;)

http://www.nurfuzie.com/2015/10/give-away-nurfuzie-dot-com-1-bernilai.html

klik banner atas
tengok senarai hadiah kat sini : Hadiah Bernilai RM1000

toodles!
Share:

Empat Blog Serentak

daebak. sapa yang punya blog sampai dua tiga empat blog, korang memang hebat. lebih-lebih kalau korang jenis memang akan update semua sekali. salute korang. 



tu dia. 4 blog aku dekat situ. yang lain da lama tak update. fokus pada yang satu ni je. korang yang punya blog banyak dan sentiasa update, memang korang hero ;)

toodles.
Share:

Tak Sabar Masuk Rumah Sewa

haha. tak sabar-sabar pula kan. PG memang tak sabar nak masuk rumah sewa. even sewa sekali pun, tapi tetap bersyukur. finaly! ambik keputusan berani mati, duduk rumah sewa sendiri. sendiri bukanlah sendiri berseorangan. tapi duduk dengan suami berdua. honest, memang rasa macam-macam rasa. rasa tak ready lagilah. rasa macam janganlah pun ada. tapi mungkin inilah masanya.

rumah yang PG duduk sekarang kira rumah keluarga. rumah mak. tapi ada few things yang PG rasa, mula tak berkenan da, then that why ambik keputusan duduk rumah sewa, even mak kata, kenapa nak duduk rumah sewa sedangkan rumah mak ada. tak pe mak. please let me go this time, inshaAllah, i'm ok and cuba buktikan dekat mama, that i'm ok and boleh berdikari sendiri. inshaAllah. mama doakan sahaja. sobs. entry sedih pula tetiba. hahaha.

so. la ni memang tak sabar nak pindah masuk ruma sewa. rumah da pergi tengok sekali, dan pergi tengok sekali lagi dalam kemarin lepas. memula kita nak sewa dekat tepi rumah sewa tu, tapi tetiba je penyewa dekat rumah tengah nak pindah keluar. Ya Allah. syukur sangat. tak jadi ambik yang dekat tepi, ambik dekat tengah. penyewa yang nak keluar ni, pembersih sangat. kira masuk nanti, kemas apa  yang patut je kalau nak. sebab rumah tu da bersih, cat pun masih ok. syiling pun still ok dan nice. dapur? dapur kena serah dengan mama juga. mama lebih hero bab dapur. haha.


bukan rumah sewa PG, tapi angan-angan nak buat macam ni ;)

memang tak sabar. kalau boleh nak masuk hari ni juga. lamanya cari rumah sewa yang memang ngam dihati. akhirnya jumpa. syukur sangat-sangat. oklah. later talk. nanti PG share gambar rumah sewa ye.


entri berkaitan:
Rumah Sewa 15.10.2015

toodles!
Share:

Perlindungan Insurans Mampu Milik Serendah RM9.85 dengan U For Life!

U For Life Insurance Serendah RM9.85! tadi PG ada baca dekat blog kak kathyjem tentang Insuran U For Life ni. dimana, U For Life Insurans menawarkan insuran yang memang murah giler serendah RM9.85! memang sangat mampu milik kan harga tu?

honestly, PG pernah ambik insurans untuk diri sendiri. tapi mungkin masa tu dara masih muda. rasa macam tak berbaloi nak buat apa bayar insurans tu tapi macam tak de apa-apa pun pulangan dekat situ. masa itulah. tapi la ni. bila da tutup insuran tu, baru terfikir kebaikan insurans tu sebenarnya. PG bayar insurans masa tu dalam RM80.00 sebulan. kira murah jugalah kan. 

tak nak cakap pasal PG. tapi ni nak kongsikan dengan korang, U For Life Insurance yang baru dilancarkan, menawarkan harga potongan serendah RM9.85 bagi insurans yang bernilai RM100,000k. daebak! sapa nak kasi. da lah potongan bulanan murah, dapat pulai nilai yang berganda-ganda. ok. nak dapatkan juga senang. secara ONLINE! senang. daftar, bayar dan korang da punya satu insurans untuk diri sendiri. mudahkan?


korang yang berminat nak tahu tentang insurans ini dengan lebih lanjut, boleh layari https://uforlife.com.my/ kat situ. PG inshaAllah akan cuba dapatkan segera, memandangkan bulanan yang memang mampu milik. hopely korang juga sama. orang kata sediakan payung sebelum hujan kan. begitu juga dengan insurans. kita tak tahu apa akan jadi dimasa hadapan. dengan insurans yang kita beli, hopely sedikit tidak banyak dapat membantu kita untuk hadapi kemungkinan yang berlaku dimasa hadapan.

jangan lupa dapatkan insurans untuk diri kita sendiri tau. thanks so much Nuffnang for share this ads!

toodles.
Share:

Impian Aku?

semalam duduk lepak baring dengan penuh keselesaan membina depan tv sambil mengadap citer hello mr. perfect, sambil aku padan-padankan muka si fattah tu dengan suami, macam hampir sama je aku tengok, tiba-tiba suami tanya satu soalan baik punya.

suami: ayang...apa impian ayang sebenarnya?

aku: dengan selamba aku jawap. nak jadi kaya. nak beli rumah sendiri. nak beli kereta sendiri. nak hidup tenang. nak bahagia.

nampak tak berapa impian aku dekat situ. muahaha.

suami: cuba tanya apa impian abang. [erk. da kenapa pula. hahaha]

aku: abang. apa impian apa erk?

suami: abang cuma nak dihormati. kaya? abang da pernah hidup mewah. jadi abang tak kisah hidup tak mewah.

aku: aku diam seketika sambil berfikir...'hormat' erk?



motip? lately dan since dan sejak kawen, PG memang jenis yang selamba giler dengan suami. nak kata hormat tak hormat, tak tahu lah nak cakap macammana. kadang bercakap pun, orang sebelah boleh kata kenapa cakap kuat-kuat dengan suami. erk. tak lah. memang da fesyen cakap macam tu kot. sebenarnya. da memang lagu tu cara bercakap. kadang aku pelik, aku ni cakap punya main baik pun, orang boleh cakap aku tak hormat suami. sapa kata tak hormat suami? suami kot kan. ;)

toodles.
Share:

Rumah Sewa

morning fellas. dalam beberapa minggu ni, PG sibuk cari rumah sewa. and ada few rumah yang sudah PG pergi tengok. ada yang ok dan ada yang tak. biasalah kan. rumah orang. tak kan nak harapkan semua rumah ok. ada yang PG pergi tu, sampai tuan rumah sendiri tak tahu apa jadi dengan rumah sewa tu, sebab tak pernah masuk tengok since da bertukar penyewa. maigad. then rumah tu lah yang PG berkenan. haha. ok. PG think positive sahaja. mungkin rezeki PG nak duduk kat rumah tu. tengoklah macam mana. sebab PG tak masuk rumah tu lagi since masih ada penyewa dan yang teruknya is, penyewa jarang balik rumah sewa tu. da kenapa pula kan. haha.

lain-lain yang PG pergi tengok. UUC PG paling berkenan giler giler. cuma mungkin bukan rezeki nak duduk sana. sedangkan da dapat nego gila gila sampai RM600 dekat tuan rumah. rumah pun baru. tak pernah sapa duduk. keselamatan ok. tiptoplah kiranya. tinggal masuk bawa pakaian plus, barangan dapur, tv, mesin basuh, peti sejuk. yang lain-lain da ok. tapi tapi. sangat sangat kena tabahkan hati tak jadi nak duduk sebab fikir kawasan jem. kawasan tak de pengangkutan lain macam bas awam, if anything happend dekat kereta sendiri. kedai pun jauh sikit. kawasan private. memang sangat-sangat pilihan PG dan suami. tapi itulah. kena fikir benda lain kalau nak selesa dan bahagia ke depan hari. sob. so UUC. thanks ya. jaga diri baik-baik. ada rezeki, nak beli satu kat situ. sob!

my Rumah Sewa

erk amboi. tak lagi masuk, da sebut-sebut my rumah sewa bagai. haha. ok tak pe. tak kisahlah kan. janji nak cakap juga, PG akan duduk rumah sewa. rumah yang PG da pergi tengok yang inshaAllah, tunggu nak masuk je, bayaran bulan sangat-sangat murah. since rumah pun tak besar dan tak kecik sangat, but bolehlah menampung PG dan suami. PG pun memang tak berapa suka rumah besar sangat. since bukanlah malas nak kemas ke apa kan, tapi sekarang ni, PG duduk dengan family. rumah besar tak kecik. tapi suasana keluarga ramai memang sentiasa ada. nanti da duduk berdua, sure rindu suasana tu. so bila da duduk rumah kecik, mungkin tak akan terasa sangatlah kot kan. haha. ntah. masih belum duduk berdua. nanti da duduk berdua, baru rasa kot perasaan tu. hahaha.


tu bukan rumah sewa yang PG cakap tau. tu contoh dekat google, kiranya konon-konon nak buat macam tu. tapi, tak kot ;) but nice kan. apa pun, memang tak sabar nak duduk rumah sewa, aca aca duduk rumah sendiri gitu. hahaha.

toodles.
Share:

Parlimen Iran Luluskan Perjanjian Nuklear dengan Kuasa Dunia


TEHRAN : Parlimen Iran hari ini meluluskan perjanjian nuklear bersejarah dengan negara kuasa dunia, sekali gus menamatkan perdebatan berhubung perjanjian itu dan membuka jalan bagi pelaksanaannya secara rasmi.

Usul bagi pelaksanaan Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) itu diluluskan dengan 161 undi menyokong, 59 menentang dan 13 berkecuali, menurut agensi berita rasmi IRNA dan media lain - AFP. Kredit: bharian

toodles.
Share:

Cabaran Instablog 7 Hari EFGKBBA #7 | Gadget Tercinta

holla fellas. itu dia Cabaran Instablog 7 Hari EFGKBBA hari ke tujuh, masuk hari terakhir. rindulah tak de cabaran lagi lepas ni. hehe. Apa pun, nak bagitau korang, cabaran terakhir 'gadget tercinta' PG. itu dia. iPhone 5 warna putih, 64GB dengan harga ribu riban tapi tak sampai 1.5k. lot of story kalaua nak cakap pasal gadget tercinta ni. 

yang penting nak share, kerana gadget tercinta inilah, PG memenangi wang tunai sebanyak RM400 dalam contest iPhone 5 Blogger yang mencapai impian suatu ketika dahulu anjuran blog denaihati. juga kerana gadget tercinta inilah PG memenangi sama hadiah wang tunai juga sebanyak RM500 for kategori Cabaran Komen Terbanyak untuk contest iPhone 5s ;) rindu pula moment-moment bersaing sesama blogger masa tu. ;)

 

iphone 5 putih 64GB 


na belanja korang satu gambar :D

CaBaRaN iNsTaBLoG 7 HaRi EFGKBBA

1. SeLFiE PaLinG CoMeL
2. ApA aDa DaLaM WaLLeT AnDa?
3. PeRKaRa WaJiB BuaT SeTiaP HaRi
4. APa AnDa SeLaLu CaRi DaLaM FReeZer?
5. DrAMa TV / MoViE FeVeReT
6. BReaKFaST WaJiB AnDa
7. GaDgeT TeRCiNTa

entri berkaitan:



toodles.
Share:

Keluarga Pontimau Sinopsis


Sinopsis Drama Keluarga Pontimau
Keluarga Pontimau mengisahkan Rayyan (Dazrin Kamaruddin), seorang penulis novel fiksyen yang baru sahaja berpindah ke sebuah kawasan perumahan untuk memulakan novel fiksyen terbarunya. Rayyan mengalami kesukaran untuk menulis dan mengalami writer’s block. Pada suatu hari, Rayyan sedang minum secawan kopi sambil memerhati tingkah laku jiran-jirannya. Pergaduhan satu keluarga telah menarik perhatiannya. Mula timbul satu idea untuk menggabungkan watak Pontianak dan Harimau Jadian. Pelik tetapi sememangnya Rayyan gemar dengan kelainan yang dapat menjadikan jalan cerita novelnya itu lebih menarik. Lalu Rayyan memulakan penulisan mengenai “Keluarga Pontimau” yang turut menerapkan nilai-nilai murni yang dapat Rayyan perolehi menerusi pemerhatian di kawasan kejirannya itu.

Keluarga Pontimau adalah sebuah keluarga hasil perkahwinan campur Pontianak dan Harimau Jadian. Keluarga Pontimau ini baru berpindah ke kawasan kejiranan baharu di Saujana Bookit. Eddy (Keith Foo), ketua keluarga merupakan harimau jadian yang memiliki kekuatan luar biasa, berusia 150 tahun dan memakan daging mentah. Memiliki paras rupa yang agak kacak, penuh dengan keyakinan diri tetapi agak malas dan perbuatannya tidak menunjukkan kebijaksanaannya.

Berlainan pula dengan isterinya, Elvira (Marsha Milan) seorang Pontianak dengan gaya elegan dan sedikit kreatif. Walau sedikit gila-gila, Elvira memiliki kekuatan yang yang lebih daripada Eddie. Elvira cuba untuk memahami dan mempelajari mengenai kehidupan manusia seperti memasak, menguruskan rumah tangga, menghias rumah dan bermacam lagi tetapi sering sahaja usahanya itu menimbulkan masalah apabila dilakukan secara berlebihan.

Keluarga Pontimau memiliki dua orang anak kembar iaitu Joe dan Sabrina. Joe (Sean Lee) mewarisi DNA kedua ibu-bapanya. Joe yang paling kuat, bijak dan matang diantara mereka. Joe sering memastikan keluarganya tidak menimbulkan kekecohan dan hidup seperti manusia biasa. Tidak seperti ahli keluarganya yang lain, dia hanya makan sayur dan tidak berminat dengan daging ataupun darah.

Lain pula perwatakkan anak perempuan mereka iaitu Sabrina (Amelia Henderson). Sabrina berumur 20 tahun dan meningkat umur seperti hayat orang biasa, tidak seperti ibunya. Mewarisi kecantikan Elvira. Dia seorang yang diva, manja dan sering memeningkan kembarnya, Joe. Kalau dia mahukan sesuatu dia pasti akan mendapatkan tanpa peduli akan apa yang akan terjadi. Kelemahannya ialah dia akan bertukar menyerupai seekor harimau yang comel apabila malam menjelma. Dan anak bongsu mereka Baby George yang lahir setelah mereka berpindah, juga memiliki kuasa mengalihkan barang melalui minda dan juga keupayaan berkomunikasi melalui minda.

Kerana keanehan keluarga mereka juga membuatkan jiran mereka iaitu Jabar (Isma Danial) dan Julia (Yasmin Hani) ingin menyiasat mengenai Keluarga Pontimau ini. Apakah Keluarga Pontimau dapat menyesuaikan diri dengan dunia manusia dan adakah rahsia mereka akan terbongkar? ~ Sinopsis Drama Keluarga Pontimau
toodles.
Share:

KFC vs PIZZA | Bersebelahan Apartment Angkasa, Kota Kinabalu Sabah

 

hola. hari tu duduk lepak makan dekat KFC baru. baru tu kalau macam PG, duduk area belah inanam, menggatal, telipok macam tu, memang tahu tempat ni. nak describe dengan korang pun susah nak cakap. hehe. nanti PG cari map. KFC ni bergabung dengan PIZZA tau. so, kalau korang nak duduk lepak cari makan dekat sini, dua tempat ni lah korang boleh cuba. samada KFC atau pun PIZZA. oh. lagi senang kalau nak mai sini, cakap je KFC dekat apartment angkasa. ar senang. dekat sesangat ;)

PG suka view dalam KFC ni. masa pergi ni, sangat-sangat ramai orang. bising sikit. kerusi ada rendah ada tinggi. memang kalau kaki lepak, korang akan suka. PG tengok pun memang ramai student yang dok lepak dalam ni. sapa duduk dekat apartment angkasa, memang sure kot korang senang nak cari makanan segera lepas ni ;)

tajuk panjang dekat situ sebab mudah sapa nak google. hahaha.

toodles.
Share:

Cabaran Instablog 7 Hari EFGKBBA #6 | Breakfast Wajib Anda

hola korang. ketemu lagi gitu dicabaran ke lima cabaran instablog 7 hari EFGKBBA abang ben ashaari. kali ni cabaran dia 'breakfast wajib anda'. oh nice. PG breakfast paling wajib ever, 'nasi lemak'. hari-hari makan nasi lemak pun boleh. haha.


CaBaRaN iNsTaBLoG 7 HaRi EFGKBBA

1. SeLFiE PaLinG CoMeL
2. ApA aDa DaLaM WaLLeT AnDa?
3. PeRKaRa WaJiB BuaT SeTiaP HaRi
4. APa AnDa SeLaLu CaRi DaLaM FReeZer?
5. DrAMa TV / MoViE FeVeReT
6. BReaKFaST WaJiB AnDa
7. GaDgeT TeRCiNTa
entri berkaitan:

 
toodles.
Share:

Dalam Kenangan SK. Kepayan Student 1991 - 1996

 

yanie, lydiawati, yusri, soo pei ling, me (pakai tudung. hahaha),
enyati, lydia.


neneng ;)
belakang tu, yusri ;D


taulani. napi. saiful. yuzair

yuzair ni ada cerita disebaliknya dengan aku. haha. apa pun, thanks so much dekat neneng, sebab masih simpan gambar waktu sekolah rendah dulu. sangat-sangat rindu this moment. tak ingat darjah berapa waktu ni. ;) rindu korang semua!

toodles.
Share:

Cabaran Instablog 7 Hari EFGKBBA #5 | Drama TV / Movie Feveret


 

 
CaBaRaN iNsTaBLoG 7 HaRi EFGKBBA

1. SeLFiE PaLinG CoMeL
2. ApA aDa DaLaM WaLLeT AnDa?
3. PeRKaRa WaJiB BuaT SeTiaP HaRi
4. APa AnDa SeLaLu CaRi DaLaM FReeZer?
5. DrAMa TV / MoViE FeVeReT
6. BReaKFaST WaJiB AnDa
7. GaDgeT TeRCiNTa


hola korang. lambat sikit nak update cabaran seterusnya kan. hehe. tengah mencari gambar dekat atas sebenarnya. nasib jumpa. by the way, drama tv feveret PG, drama popular dekat atas tu. drama ni popular dalam tahun 1999. zaman-zaman sekolah menengah masa tu. drama pun zaman-zaman sekolah, so memang sesuailah sangat zaman jiwa remaja masa tu kan. haha. memang feveretlah drama ni. sekarang tak keluar lagi tau. kalau ada, memang da PG simpan buat koleksi ;)


toodles.
Share:

Fuyooo!!! Giveaway by Mama Darwiish


klik banner untuk join
FUYOOO !!! GIVEAWAY 
by Mama Darwiish
Hadiah  :
1x Leonovo A560 + 8Gb SD Card 
1x Cartoon Power Bank 8800 mAh 
1x Mini MP3
1x Neesya Serum
1x Cash RM50
Tempoh :
28 Sept 2015 - 28 Okt 2015
Pengumuman Pemenang 31 Okt 2015
Syarat-syarat :

1. Blogger yang beralamat di malaysia
2. Wajib mempunyai akaun instagram
3. Follow, Add, Like semua blog, fanpage, G+, instagram penaja
4. Copy Code yang disediakan dan paste di ruang html blog anda
5. Tag minimum 3 rakan  anda yang lain dan pastikan mereka tahu
6. Tinggalkan link penyertaan & emel di kotak komen entri ini

Pemilihan pemenang :

1. Kesemua pemenang akan dipilih menggunakan random
2. Penyertaan akan terbatal jika gagal ikut syarat terutama No.2
3. Pemenang akan dihubungi melalui email

Follow Blog  :

http://mamadarwiish.blogspot.my/
http://sharingiscaring-fiza.blogspot.my/
http://unclezuan.com/
http://mrspuex.blogspot.my/
http://mekzumbie.blogspot.my/
http://www.hafizhafizol.my/
http://aderakukeysah.blogspot.my/  

Follow G+ :  

Khalid Kyle Blurrydino
 
Like Page Penaja : 

Mama Darwiish
SuperMom With SuperKids
Blog Uncle Zuan
MrsPuexDotBlogspotDotCom
Gloxina17
Acacia Beauty Care HQ
Qyra Beauty Care
Follow Instagram : 

Share:

Diam Bukan Bererti Kalah



toodles.
Share:

Cabaran Instablog 7 Hari EFGKBBA #4 | Apa Anda Selalu Cari Dalam Freezer

Cabaran Instablog 7 EFGKBBA hari ke empat. apa PG selalu cari dalam peti sejuk? haruslah air sejuk. haha. lain-lain, biasalah kalau nak masak, kena cari bahan mentah, bahan kering juga dalam peti sejuk. haha.

 
 
CaBaRaN iNsTaBLoG 7 HaRi EFGKBBA

1. SeLFiE PaLinG CoMeL
2. ApA aDa DaLaM WaLLeT AnDa?
3. PeRKaRa WaJiB BuaT SeTiaP HaRi
4. APa AnDa SeLaLu CaRi DaLaM FReeZer?
5. DrAMa TV / MoViE FeVeReT
6. BReaKFaST WaJiB AnDa
7. GaDgeT TeRCiNTa

semakin hari semakin suka pula PG dengan cabaran-cabaran macam ni. hehe.
by the way, dua hari ni, entry autopublish sahaja. internet dekat hp, da 100% habis kuota. huhu. happy weekend semua! erk. esok da masuk kerja semula. hehe.

toodles.
Share:

Manisnya Bulan Madu Sinopsis


SINOPSIS MANISNYA BULAN MADU

Mirza dan Ameesha pergi berbulan madu di Istanbul dan membayangkan apabila tiba di sana mereka akan tinggal di hotel yang gah. Namun, sangkaan mereka ternyata meleset apabila mendapati apartment yang sempit dan kotor. Disana pula mereka bertemu semula dengan bekas suami dan bekas tunang mereka?

macam best je kan drama ni? tengok tau sampai habis! ;) 


toodles.
Share:

tabung wish list :)

Pusat Aduan Awam

ahli mesyuarat ;)

agenda mesyuarat :)

pengerusi mesyuarat ❤

perempuan 33.
februari 6th | married |
gomen staf | fully time blogger

Assalamualaikum.


Blog Archive

Copyright © YatieOwner | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com