Cabaran Terakhir iPhone 5s

in , by YatieOwner, Saturday, November 01, 2014
Cabaran Terakhir iPhone 5s. Syukur alhamdulillah, yang ditunggu telah pun tiba. Memang ini yang dinanti-nantikan oleh 70 orang blogger yang bakal bersaing antara satu sama lain bagi memenangi 5 unit iPhone 5s yang ditawarkan oleh blogger denaihati dan para penaja contest cabaran iphone 5s anjuran beliau. Bukan sahaja 5 unit iPhone 5s, tetapi wang tunai sebagai habuan turut diberikan. Beberapa tugasan akhir akan dilalui oleh PG dan rakan blogger lain. Jom baca dekat bawah. Apa pun, doakan PG berjaya ya. :)

Picture Credit: Google
 
Tugasan Akhir Cabaran iPhone 5s
  1. 70 peserta akhir mesti menulis satu entri untuk cabaran akhir iPhone 5s bertajuk “Blogger buat duit online
  2. Pengisian entri mesti kreatif, bergambar, original bukan copy paste dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan :
    • Minima satu backlinks kepada blog Denaihati.
    • Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
    • Entri boleh kisahkan pengalaman sendiri atau pengalaman blogger lain yang berjaya buat duit online.
    • Boleh selitkan dalam entri link yang anda atau blogger lain buat duit online.
    • Jangan lupa senaraikan semua blog penaja dengan backlinks sekali. Dapatkan senarai penaja di SINI.
  3. Tarikh terakhir menghantar entri terakhir cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 7/11/2014.
  4. Peserta diwajibkan meletakan SATU banner Denaihati di mana-mana posisi di blog anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati di SINI.
  5. Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s di SINI.
  6. Entri peserta akan dinilai bermula pada 8/11/2014 dan mata yang diperolehi akan menjadi penentuan utama pemenang Cabaran iPhone 5s.
Tugasan Bonus Cabaran Akhir iPhone 5s

1. Cabaran Komen Terbanyak
  • Untuk tugasan bonus ini 70 peserta perlu menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 1/11 – 30/11/2014.
  • Jumlah komen akan dikira menggunakan wp top commentators widget.
  • Peserta dikehendaki menggunakan username yang sama dengan nama blog untuk memudahkan pengiraan. contohnya sekiranya domain blog  hasrulhassan.com maka gunalah username Hasrul Hassan atau sekiranya domain adalah wanhidayat.blogspot.com maka gunalah username Wan Hidayat.
  • Jumlah setiap komen mesti melebihi 10 perkataan yang kurang akan dipadam.
  • Komen mestilah bersesuaian dengan tajuk entri jangan lari topik hanya kerana nak mendapat jumlah komen yang banyak sebab ianya juga akan dipadam.
  • Peserta yang masuk dalam ranking top 70 akan memperolehi mata yang akan menjadi sebahagian kecil daripada penentuan pemenang Cabaran iPhone5s.
2. Kuiz Cabaran iPhone 5s
  • Tugasan ini terbuka hanya kepada 70 peserta final cabaran iPhone 5s sahaja.
  • Setiap minggu selama empat minggu peserta perlu menjawab kuiz ringkas.
  • Ranking pemenang berdasarkan jawapan paling cepat dan betul.
  • Peserta yang menjawab betul akan memperolehi mata yang akan menjadi sebahagian kecil daripada penentuan pemenang Cabaran iPhone 5s.

PG masih mencari idea untuk menyiapkan artikel mengenai Blogger Buat Duit Online. Tak tahu lagi nak cakap apa tentangnya. Apa pun, doakan PG berjaya siapkan sebelum tarikh akhir dan menyiapkan dalam 300 patah perkataan ya.

Toodles!
Yatie.
SHARE 8 comments

Add your comment

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner · THEME BY WATDESIGNEXPRESS