Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DBKK

in , by YatieOwner, Tuesday, September 02, 2014
Assalamualaikum fellas!

Baik. Dah masuk office semula. Macam setahun bercuti. Rindu everything dekat office. Oh, cuti pegi mana? Tak pegi mana pun. Masih ada dekat sekitar Kota Kinabalu, Sabah tercinta.

Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DBKK

By the way, since free sekejap dan ada info depan mata regarding DBKK, i share info terus lah. Pusat Pembelajaran Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. I copy and paste je lah k. Honest, i tak tahu pun ada pusat pembelajaran alam sekitar ni. Nampak sangat i tak explore banyak tentang DBKK kan. Haha.
 
Perkongsian daripada Puan Salmah Batin, Jabatan Penyelidikan dan Koordinasi, DBKK tentang pusat ini.
"Bagi merancakkan aktiviti lestari alam sekitar yang dilaksanakan oleh DBKK, kini satu pusat pembelajaran alam sekitar telah dibuka bagi memberi peluang kepada orang awam, pelajar sekolah/ IPT  dan penduduk sekitar taman perumahan mempelajari dan memberi pengalaman baharu bagaimana untuk menguna semula sisa bahan dapur dan isirumah menjadikan produk baharu yang mesra alam dan boleh membantu kegunaan harian di rumah seperti menghasilkan sabun daripada minyak masak terpakai yang biasanya minyak ini akan terus dibuang di sinki dapur yang mana ianya akan memudaratkan 'mainhole' di kawasan perumahan itu sendiri sekaligus akan memberi kesan sistem sewerage tidak dapat berfungsi dengan baik. .Kepada yang berminat bolehlah mewar-warkan kepada rakan tetangga dan saudara mara untuk mengunjungi pusat pembelajaran tersebut yang terletak di Taman Perumahan Mei Lok dan mempelajari pelbagai lagi kaedah untuk mengitar semula sisa bahan isirumah. Peta ke pusat saya lampirkan sebagai panduan"
Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DBKK
Peta ke Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DBKK

Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DBKK

And, i tak pernah sama sekali pegi tengok tempat tu. Teruknya! Haha. Oh dan good news nak share untuk penduduk sekitar atau mereka yang berminat, DBKK berhasrat untuk mengajar masyarakat bandaraya untuk membuat mud ball, air emas, eco candle, eco soap & kompos sebagai menyokong pemuliharaan alam sekitar, terbuka kepada semua warga bandaraya yang berminat. I share info.
Setiap Hari Rabu
Masa : 09.00 pagi hingga 12 tengahari
Tempat : Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DKK (DBKK Environment Learning Centre Taman Mei Lok Kota Kinabalu)
Toodles!
YatieOwner
SHARE 0 comments

Add your comment

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner · THEME BY WATDESIGNEXPRESS